Header Ads

ROBOH RUMAH MELAYU ÄŽI KAMPUNG MUTIARA, BATU FERINGGI - KEPUTUSANNYA. Polis mengarahkan 300 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi, bersurai selepas mahkamah mengeluarkan arahan. Arahannya ialah penangguhan pelaksanaan meroboh rumah penduduk di kawasan itu selama sebulan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata penangguhan sebulan itu diperoleh hasil perbincangan dan persetujuan dengan pemilik tanah atas faktor keselamatan. "Perintah penangguhan pengusiran selama sebulan ini diharap dapat membuka rundingan antara penduduk dan pemilik tanah untuk mencari penyelesaian terbaik. "Justeru, kami berharap dengan penangguhan ini penduduk dapat memberi kerjasama dan bersurai," katanya, di sini, sebentar tadi. Lebih 300 penduduk Kampung Mutiara berkumpul sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan, pagi ini - BH

12:28:00 PM
ROBOH RUMAH MELAYU ÄŽI KAMPUNG MUTIARA, BATU FERINGGI - KEPUTUSANNYA. Polis mengarahkan 300 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi,...Read More