DAP Lindungi Freemason Di Pulau Pinang? Freemason bakal mengadakan perjumpaan bersama-sama semua Master Mason Asia di sebuah hotel Di Pulau Pinang.
Agak mengejutkan bagaimana sebuah pertubuhan berasaskan Yahudi boleh mengadakan perjumpaan di Malaysia dan lebih menarik lagi di Pulau Pinang. Kini heboh diperkatakan yang kumpulan “gelap” Freemason bakal mengadakan perjumpaan bersama-sama semua Master Mason Asia di sebuah hotel Di Pulau Pinang.
Berita ini pantas mendapat reaksi keras dari kesemua badan bukan kerajaan (NGO berasaskan Islam di seluruh Pulau Pinang. Dijangkakan, kesemua NGO bersama-sama Kumpulan Merah Malaysia akan mengadakan perhimpunan di Bayview Beach Resort, Batu Feringgi bagi membantah perhimpunan International Scottish Masonic, esok jam 3 petang.
Dalam pada itu, kebanyakan bakal peserta esok ketika ditemui sebentar tadi menganggap, perhimpunan Freemason esok ada kaitan dengan kerajaan DAP yang memerintah Pulau Pinang kini. Masakan tidak, perhimpunan iini pastinya sebagai satu simbolik penerimaan DAP terhadap kewujudan Israel.
Malah, ramai yang beranggapan, penganjuran perhimpunan ini adalah salah satu bukti penerimaan DAP terhadap dana yang berjumlah RM 1.2 bilion yang disumbangkan oleh Israel untuk DAP menghadapi Pilihan Raya Umum yang lalu. Jadi tidak mustahil akhirnya Pulau Pinang dipilih oleh kumpulan Yahudi ini sebagai salah satu lokasi untuk mengadakan perjumpaan dan seterusnya melantik ahli baru.
Tidak sukar untuk menilai bagaimana penentangan ini berlaku kerana latar belakang Freemason ini sendiri menampakkan bagaimana mereka bergerak dalam menghancurkan sesebuah kerajaan Islam. Justeru, pembabitan DAP dalam perkara ini terus menimbulkan tanda tanya kerana samada dari pihak Ketua Menteri senidiri mahupun DAP pusat, mereka enggan mengulas apa-apa tentang perkara ini.
Ini menampakkan seolah-olah sememangnya DAP terlibat dan melindungi perhimpunan ini dari sebarang gangguan. Mustahil, sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak diberi tahu tentang perhimpunan seumpama ini.
Apa yang dibimbangi, andai himpunan Masonic ini diteruskan, pastinya wujud kemungkinan kerajaan DAP Pulau Pinang mengizinkan kemasukan orang-orang Yahudi ke sana. Tidak mustahil juga andai DAP masih terus menerima dana dari Israel hanya semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan dan membolehkan mereka berkuasa atas kapasiti boneka dan barua Israel di Malaysia
Post a Comment