Header Ads

Hirarki Komunis Bermaharajalela Dalam Politik Malaysia


Apabila menyebut nama komunis, pastinya ramai orang akan terbayangkan akan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas ini sejak dari sebelum merdeka, sehinggalah lewat tahun 1980an. Tidak siapa yang dapat melupakan bagaimana kejamnya mereka melayan pasukan pertahanan negara yang mempertaruhkan nyawa mereka demi keamanan negara.
Benar, semua itu hanya tinggal sejarah. Namun sejarah mengajar kita akan erti pengorbanan dan membantu kita dalam meneruskan hari-hari yang mendatang. Tidak salah untuk menoleh sebentar terhadap sejarah jika kita benar-benar mahu menghargai nikmat kebebasan yang kita nikmati hari ini.
images (8)
Namun begitu, masih ada dikalangan rakyat negara ini seolah-olah menidakkan kekejaman komunis pada satu ketika dahulu. Lebih menyedihkan, sudah ada yang mengagungkan kedudukan komunis di negara ini kononnya, merekalah pejuang sebenar kemerdekaan negara, bukan pasukan keselamatan negara mahupun para pemimpin kita dahulu.
Bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku? Tidak dinafikan, inilah penghinaan terbesar terhadap pasukan keselamatan negara ini yang mencurah keringat dan darah demi memastikan negara mengecapi kebebasan yang ada hari ini. Semua itu hanya berlandaskan kepada kepentingan politik semata-mata.
Berapa ramai yang menyedari, mediang Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di negara ini meninggalkan warisan keluarganya dalam hirarki politik negara? Melucukan, hampir kesemua sanak saudara Chin Peng berfahaman pembangkang dimana hajat dan kemahuan Chin Peng untuk menguasai Malaysia dalam apa jua cara, dapat dilaksanakan.
12794439_1338010312891952_8433096465206107170_n
Senarai panjang hirarki keluarga Chin Peng mudah untuk dilihat dan difahami. Dimulai dengan sepupu Chin Peng, mereka adalah Lim Kit Siang, yang terlibat secara langsung dalam insiden berdarah 13 Mei 1969 dan Lee Kuan Yew, Presiden pertama Singapura.
Tidak berhenti setakat itu sahaja, lihat sahaja ikatan kekeluargaan antara Teresa Kok, yang merupakan sepupu kepada isteri Lim Kit Siang. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Tony Pua, ahli politik yang sentiasa mahu menimbulkan provokasi dan masalah terhadap negara adalah anak saudara kepada Lee Kuan Yew.
Bagaimana pula dengan Anthony Loke, Nga Kor Meng, Ngeh Khoo Ham, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan paling utama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng? Kesemua nama-nama ini adalah anak saudara kepada Chin Peng dan ada diantaranya kini begitu giat menghentam kerajaan walau dengan apa cara sekalipun. Semua ini meneruskan dokrin yang diterapkan oleh Chin Peng terhadap kesemua sanak saudaranya.
images (9)
Walaupun dengan beberapa pendedahan sebegini, namun kesemua mereka tidak pernah walau sekalipun menidakkan kenyataan ini. Mereka memilih untuk kekal membisu tanpa mahu mengulas apa-apa berhubung dengan tali persaudaraan yang terjalin antara mereka.
Seperti sudah menjadi satu kemestian, walaupun Chin Peng sudah menemui ajalnya di Thailand dua tiga tahun yang lalu, namun, idealogi dan dokrin yang dijunjung oleh Chin Peng dan komunis, kini sedang giat membiak dan lebih menyedihkan, ianya turut memaliti para penyokong sanak saudara Chin Peng itu sendiri.

No comments