Kebebasan Menyatakan Pandangan, Pendapat dan Bersuara Hanya Untuk DAP sahaja Bukan Untuk Rakyat
Ketakutan DAP terhadap kesedaran rakyat semakin ketara melalui tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat portal berita The Malaysian Insider (TMI) petang semalam.
Portal yang banyak menyiarkan laporan berita berita kurang sahih dari fakta yang sebenarnya dan memutar belit banyak isu semasa dan sebagainya dikenakan sekatan untuk mengelakan budaya fitnah dan maklumat rambang disampaikan kepada rakyat
Mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Wong Kah Who yang mengatakan bahawa sekatan yang dikenakan itu adalah tidak wajar dan dikatakan menyekat kebebasan media dan bersuara .
Pada satu sudut yang lain, rakyat Malaysia sesungguhnya telah lama jelik dan jelak dengan sikap sesetengah portal yang menyajikan berita berita kurang tepat dan mempengaruhi satu budaya dan masyarakat agar mempercayai berita kurang sahih.
Tindakan menyekat portal berkenaan adalah satu tindakan yang tepat dan kerajaan sewajarnya mengambil satu tindakan agar budaya fitnah terus berluasa dan akan memberikan impak yang tidak sihat kepada rakyat.
Pada kebanyakan berita yang disampaikan tidak adil bagi sesetengah pihak, jika portal berkenaan mengambil etika kewartawanan dan etika penulisan seharusnya berita yang disampaikan seimbang dan tidak berat sebelah.
Isu DAP menerima dana Israel sebagaimana didakwa Mohamad Razali, Isu tersilap kira RM2 billion, Isu rampasan tanah perkampungan orang Melayu , Isu kekejaman DAP terhadap penduduk kampung Buah Pala, Isu penjualan tanah tanpa wang sepatutnya disiarkan untuk dinilai oleh rakyat.
Isu isu yang disembunyikan telah menyebabkan rakyat marah, dan beranggapan bahawa portal berkenaan tidak berlaku adil kepada mereka sebagai rakyat marhaen. Dalam apa juga tindakan yang dilakukan oleh DAP ianya tetap tidak mampu untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat
Ini kerana, rakyat masih terdapat banyak medium atas talian lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang disembunyikan oleh DAP. Mereka tidak mampu meyekat maklumat untuk sampai kepada rakyat kerana banyak medium lain seperti media sosial dan sebagainya.
Kebebasan bersuara sebagaimana yang dilaungkan oleh DAP selama ini telah disekat dengan rakus sekali. Rakyat pada dasarnya tidak diberikan peluang untuk menyatakan pendirian dan tindakan akan diambil oleh DAP dengan sewenangnya.
Bukan itu sahaja, tindakan DAP mengugurkan dua lagi ahli PKR dalam GLC kerana mempertahankan pendirian telah dianggap sebagai menikam dari belakang. Jadi dimanakah kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan didalam DAP sebagaimana dikatakan telus dalam pemerintahannya.
Kesedaran rakyat dan keyakinan kaum lain sudah hilang kepercayaan terhadap DAP dimana mereka sedang melihat kekejaman DAP dalam apa juga tindakan yang diambil. Dimanakah konsep kesamarataan bersuara dan hak asasi yang menjadi dasar perjuangan DAP sebelum mendapat kuasa.
Semalam, SKMM mengakui mengarahkan syarikat pembekal internet menyekat akses kepada TMI atas alasan portal berita itu menyiarkan kandungan yang menjadi kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 233 berkaitan “penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian” yang antara lain bersifat “mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Post a Comment