Persidangan Freemason di Pulau Pinang Batal?
Seperti sedia maklum, persidangan International Scotish Masonic dijangka bakal diadakan bermula hari ini di Hotel Bayview Beach Resort. Namun begitu, persidangan ini mendapat bantahan keras dari kesemua NGO-NGO Islam di Pulau Pinang sehingga mereka mengadakan demonstrasi secara aman hari ini sekitar jam 3 petang di lokasi yang sama.
Bantahan yang disuarakan oleh kesemua NGO ini pada mulanya dipandang sepi oleh kerajaan DAP negeri sehingga menimbulkan andaian yang mengatakan DAP Pulau Pinang adalah proksi terbesar Yahudi dalam usaha bangsa ini memasuki negara ini dan sekaligus menyemai idealogi songsang mereka.
Namun, perkhabaran yang dibawa dari Pulau Pinang mengatakan, kerajaan DAP negeri akhirnya akur terhadap desakan yang disuarakan oleh NGO-NGO Islam disini. Mereka akhirnya membatalkan persidangan ini demi menghormati sensitiviti umat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia amnya.
Pembatalan ini setidak-tidaknya melegakan banyak pihak kerana ramai diantara para aktivis, tidak boleh menerima kemasukan agenda Freemason didalam negara ini. Juteru, perkhabaran ini nyata melegakan kesemua umat Islam di negara ini.
Dalam pada itu, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang seharusnya lebih peka terhadap sensitiviti umat Islam samada di negeri Pulau Pinang mahupun negara ini. Hampir kesemua penduduk negara ini begitu anti terhadap sebarang idealogi songsang bawaan Yahudi memandangkan sikap keras mereka terhadap umat Islam di Palestin.
Tanpa mengira apa pun idealogi politik, usah memperjudikan kepercayaan hanya kerana mendambakan kemajuan sehingga mengizinkan diri dikuasai agenda Freemason. Jangan mempolitikkan kepercayaan orang ramai demi meraih wang dan pengaruh.
Post a Comment