Pusat Transit 'Syurga' Buat Gelandangan
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Selesa, bersih dan mudah - itulah pendapat penulis tentang Pusat Transit Gelandangan di Bulatan Pahang setelah bermalam di situ.
Keenakan berbaring di atas tilam dan bantal empuk, kemudahan bilik mandi dan surau yang bersih sudah tentu menarik golongan yang kurang bernasib baik itu ke pusat tersebut.

Pusat yang dibuka 10 Feb itu bertempat di bangunan tiga tingkat mempunyai 250 katil serta pusat kesihatan yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah 24 jam.
Tingkat satu menempatkan asrama lelaki yang tidak berdinding dalam memberi keselesaan kepada penghuni untuk tidur sambil menikmati udara luar. Tingkat dua adalah asrama tertutup bagi lelaki dan wanita, dengan ruang berasingan.
Difahamkan sehingga 23 Feb, sebanyak 141 gelandangan telah didaftarkan sebagai penghuni pusat tersebut, iaitu 111 lelaki dan 20 wanita.

Penghuni diberi pakaian percuma yang disumbangkan orang awam manakala badan-badan bukan kerajaan menyediakan makanan tiga kali sehari.
Makan bersama dan bergotong-royong membersihkan tempat makan menjadi lumrah setiap hari buat penghuni di situ.
Selain itu mereka turut bergilir membersihkan tandas dan tempat tidur supaya 'kediaman' mereka itu sentiasa selesa untuk dihuni.
Bagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Zali, 38, setelah tidur berlantaikan simen dan beratapkan langit di tengah-tengah kota raya sejak empat tahun lepas, pusat itu merupakan "syurga".
Zali, daripada Gelang Patah, Johor, yang mencari rezeki dengan mengutip barangan terbuang untuk dijual ke pusat kitar semula, pernah bekerja sebagai kerani akaun tetapi akibat tersalah langkah telah menjalani hukuman penjara hampir sedekad.
Dia amat teruja untuk mencari pekerjaan tetap tetapi sedar ini sukar kerana statusnya sebagai seorang bekas banduan.
Tetapi apapun terjadi di masa depannya, Zali syukur dapat tinggal di pusat itu lebih-lebih lagi apabila dia mengenang pengalman pahitnya.
"Bayangkan ketika hujan, saya tidur dalam keadaan kesejukan dan rasa nyawa bagaikan berada di hujung tanduk kerana terdedah dengan panahan kilat mahupun petir," katanya.
Pembinaan pusat itu menyusul lawatan mengejut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau keadaan gelandangan di ibu kota pada Julai 2014.
Pusat dibina Malaysian Resources Corporation Bhd di atas tapak seluas 1,319 meter milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kos dianggarkan RM3 juta.
Sebelum ini, kerajaan mewujudkan Pusat Khidmat Sementara Gelendangan di Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail, yang hanya menyediakan kemudahan tandas dan bilik air, bilik solat serta tempat untuk pengedaran makanan percuma kepada golongan itu.
Menurut pengetua pusat berkenaan Ahmad Daniel Pui Abdul Rahim Pui, penghuni juga dapat perkhidmatan atau bantuan daripada jabatan dan agensi kerajaan serta NGO.
"Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan membantu memulihkan gelandangan yang menghadapi masalah dadah, DBKL membantu gelandangan yang memerlukan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa, Baitumal menyalurkan bantuan perumahan dan sara hidup, Jabatan Tenaga Kerja dan Persatuan Penjaja membantu memberi pekerjaan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata pusat itu mengamalkan dasar kemasukan 'low barrier' yang membenarkan hampir kesemua kategori gelandangan warganegara untuk bermalam dan menggunakan perkhidmatan yang ada.
-- BERNAMA

Post a Comment