Sampai Bila Rafizi Mahu Terus Menipu Dan Memfitnah Tabung Haji?
Raja Penipu Malaysia, Rafizi Ramli sekali lagi didapati menipu dan memfitnah Lembaga Tabung Haji dan kali ini penipuan dan fitnahnya menjurus kepada Tabung Haji memberi jaminan korperat (Corperate Guarantee) Kepada syarikat bersekutunya, Tabung Haji Heavy Engineering Berhad (THHE).
Menurut kenyataan akhbar Lembaga Tabung Haji yang disebarkan semalam, Rabung Haji menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dikeluarkan oleh Rafizi ini dan Tabung Haji menyifatkan tindakan Rafizi ini sebagai amat jahat dan tidak bertanggungjawab.
Dalam keyataan yang sama, Tabung Haji mendesak Rafizi untuk menyatakan nama bank yang menyediakan pinjaman berkenaan seperti yang didakwa Rafizi sebelum ini. Malah, pihak Tabung Haji juga sudah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan biadab dan fitnah yang dilakukan oleh Raja Penipu ini.
Dalam perkembangan yang sama, pihak Polis Di Raja Malaysia mengakui sudah menerima laporan berkenaan dan kertas siasatan kini sudah dibukan untuk menyiasat kesemua laporan yang dikeluarkan oleh Rafizi sebelum ini.
Nyata sekali, Rafizi jelas tidak serik-serik melakukan fitnah dan dia secara kosisten menghentam Tabung Haji, sebuah syarikat perbankan berasaskan Islam yang diyakini oleh umat Islam di negara ini. Mungkin Rafizi terlupa, bonus Tabung Haji sebanyak lebih RM 40,000 yang dia nikmati itu datangnya dari simpanan mana.
Mungkin juga Rafizi terlalu bodoh untuk menilai bahawa Tabung Haji adalah merupakan satu-satunya agensi yang diiktiraf kerajaan untuk menguruskan Jemaah Haji Malaysia sejak dari 1969, tahun dimana dia sendiri pun belum dilahirkan.
Adalah amat menghairankan, kenapa Rafizi begitu berminat untuk menjatuhkan Lembaga Tabung Haji sedangkan Tabung Haji adalah satu badan bebas yang segala urusannya berlandaskan syarak. Adakah Rafizi kini bukan lagi penganut agama Islam sehingga tergamak mempertikaikan hampir kesemua urusan Tabung Haji walaupun ianya begitu baik untuk para pendepositnya?
Post a Comment