Yang Terkait Skandal Bestari.net Bukan Najib Tapi Muhyidin Yassin....
KALAU nak cerita skandal lahkan, Tun Mahathir tak jadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Skandal BMF (rugi) dan misteri kematian auditornya saja bermula setahun selepas Mahathir ambil alih kuasa, nak baca ini semua, setahun jelah Mahathir jadi Perdana Menteri? Tak sebut yang lain-lain lagi, Memali, Krisis kehakiman, Petronas bail out syarikat anak dan sebagainya.
Sekalipun semua itu ‘skandal’ tak pun Mahathir letak jawatan.
Ini mengulas kenyataan terkini Muhyiddin Yassin semalam lanjutan dari keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menggantungnya sebagai Timbalan Presiden yang mana kalau dirumuskan maksudnya begini – Perdana Menteri banyak skandal sepatutnya letak jawatan, kenapa dia yang ‘bersih’ ini pula yang kena, kata dia.
Itu yang sebut pasal skandal skandal Mahathir dulu – nak dijadikan contoh.
Apa yang Muhyiddin katakan itu bukan skandal tapi penipuan pembangkang serta plot menjatuhkan Perdana Menteri oleh Mahathir. Kalau nak kata ada skandal pemimpin perlu letak jawatan, Bestari.net dan sistem pendaftaran pekerja asing yang dikaitkan dengan menantunya itupun dikatakan skandal Muhyiddin, tapi adakah Muhyiddin meletak jawatan? Tak, tunggu kena pecat jugak kan (isu lain)?
Bagaimanapun, tindakan Majlis Tertinggi boleh menggantung mana-mana ahli UMNO ini bukan baru. Sejak ditubuhkan Mahathir pada 1988 lagi, peraturan ini sudah wujud dalam perlembagaannya. Kata tak diberi peluang membela diri, 2 minggu dulu Muhyiddin dah tahu ada mesyuarat semalam, tapi dia juga yang taknak datang, salah Najib lagi?
Anwar pun dipecat tanpa melalui Lembaga Disiplin tapi kurang-kurang Anwar datang juga ke mesyuarat MT yang memecatnya, Muhyiddin?
MT adalah mewakili ahli-ahli UMNO tu ada sebab, nak dengar semua 3 juta ahli punya cakap dan pendapat, bila yang nak habis? Sebab itu diadakan pemilihan dan dilantik orang-orang ini untuk membuat keputusan bagi pihak majoriti ahli-ahli UMNO.
Selama hari ini tak pulak Muhyiddin membantah ya. Sebab belum kena kat dia, dah kena semuanya tak kena, itu saja.
Tentang dana RM 2.6 billion dan wang SRC International itu, semuanya sudah jelas – melainkan Muhyiddin ada bukti baru bagi mengatakan ianya salah. Tentang cadangan Peguam Negara lama kononnya ada kesalahan yang dilakukan Datuk Seri Najib dalam isu berkaitan SRC, kenapa tak dimulakan pendakwaan masa itu, bukti dah ada katanya kan – dengan andaian Peguam Negara masih belum diganti ketika semua ‘bukti’ itu dipersembahkan kepada Muhyiddin.
Apa yang boleh menghalang Peguam Negara ketika itu dari meneruskan pendakwaan? Perlembagaan sudah menjamin kuasa Peguam Negara untuk membuat sebarang pendakwaan!!
Penulis cadangkan begini, pendakwaan tidak dimulakan waktu itu sebab penyiasatan masih tidak lengkap, siasatan hanya lengkap pada Januari 2016 dan Peguam Negara ketika ini membuat keputusan untuk tidak mendakwa Najib kerana tidak ada apa yang nak didakwakan. Senang kata, yang Muhyiddin dengar dari Peguam Negara lama kata ada kes itu, adalah hasil penyiasatan yang belum lengkap.
Apa hal pulak nak dakwa orang berdasarkan penyiasatan yang belum lengkap?
Setelah membaca keseluruhan kenyataan Muhyiddin, penulis rasa MT buat keputusan silap semalam,Muhyiddin sepatutnya dipecat, bukan digantung.
Post a Comment