DAP Mula tabur “Pemberian” Kepada Masyarakat Pendalaman Sarawak Sebagai Umpan
Kehadiran DAP di pedalaman Sarawak untuk membina infrastruktur mudah seperti projek bekalan air dan jalan berturap telah mengejutkan kerajaan Barisan Nasional dari tidurnya yang selama ini meminggirkan nasib penduduk luar bandar.- Roketkini
Tindakan DAP ini tidak sedikit pun mengejutkan pihak Barisan Nasional atas apa yang dilakukan oleh mereka terhadap masyarakat pendalaman Sarawak dalam usaha mereka melakukan “pemberian” sebagai menunjukkan keprihatinan.
Sebelum ini telah banyak DAP lakukan “pemberian” kepada rakyat yang mana mereka lihat sebagai sasaran untuk mempengaruhi minda rakyat dan membentuk satu sokongan apabila PRN akan datang.
Setiap “pemberian” yang diberikan oleh DAP kepada mana mana rakyat bukan bersifat percuma dan tidak perlu dibayar- Semua “pemberian” yang dilakukan mempunyai nilai jangka panjang yang seharusnya dilunaskan oleh rakyat apabila mereka mempunyai kuasa.
Rakyat Pulau Pinang pada awalnya amat tertarik dengan keprihatinan yang ditunjukan oleh DAP terhadap masyarakat marhaen dengan pelbagai bantuan yang disalurkan untuk membantu rakyat . Bukan itu sahaja, malah DAP juga sanggup turun padang, meyinsing kaki seluar untuk membantu.
Malah pada satu ketikanya, DAP dianggap sebuah parti yang cukup hebat daripada UMNO. Pengundi Melayu amat tertarik dengan sikap yang ditunjukkan. Akhirnya pemimpin UMNO dikecam hebat oleh oarang Melayu sendiri.
Apa juga yang dilakukan oleh DAP di”viral”kan sebagai satu contoh da nada diantara orang Melayu Pulalu Pinang sanggup berhadapan sesama Melayu untuk mempertahankan DAP. Semua ini berlaku apabila sikap berpura pura DAP terhadap rakyat.
Setelah memenangi dan mendapat kuasa, DAP terus menunjukkan keprihatinan terhadap warga tua dengan pelbagai pemberian berupa wang tunai, hamper dan sebagainya. Semua ini adalah taktik untuk menunjukkan bahawa DAP sebuah parti yang “amat prihatin” walaupun sudah mendapat kuas.
Selepas itu, taring kekejaman DAP mula terserlah bila mana warung punca pencarian rezeki rakyat dirobohkan terutama yang menyokong BN. Ini lah yang saya katakana bahawa setiap pemberian yang diberikan oleh DAP ada bayaran yang pelu dilunaskan.
Rakyat seharusnya tidak mempercayai apa juga perkataan dan perbuatan yang dilakukan itu adalah melambangkan keikhlasan DAP. Sejarah mengajar kita mengenal lawan, kawan . Sarawak kini sedang diuji oleh DAP , Sarawak sedang cuba dipengaruhi DAP.
Mereka menggunakan etnik pendalaman di Sarawak sebagai modal politik untuk sokongan PRN Sarawak.
BN buat ketika ini telah menunaikan janji kepada rakyat Sarawak dengan pembangunan infrastruktur, bantuan rumah panjang dan sebagainya sekian lamanya. Banyak rumah panjang yang telah bertukar corak dengan konsep asal tetapi bergaya moden telah dibina oleh kerajaan.
Infrastruktur yang lebih selesa dislaurkan kepada rakyat. DAP hanya melihat kekurangan dan tidak pernah untuk memberitahu rakyat tentang pembaharuan yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat rumah panjang.
DAP Sarawak berasa tergugat apabila Barisan Nasional semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya yang berada di luar bandar, lebih-lebih lagi, wujudnya pertikaian dalaman PH Sarawak yang menyebabkan gabungan pembangkang negeri itu tidak stabil.
Masyarakat melihat BN bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan tanpa mengira fahaman politik walaupun dikawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Hasil usaha berterusan Barisan Nasional penduduk kampung semakin yakin dan menerima kehadiran dalam program-program yang dianjurkan Barisan Nasional
Rakyat luar bandar sudah masak dengan sikap DAP yang sememangnya gemar menabur janji projek pembangunan menjelang pilihan raya serta melihat kekejaman yang dilakukan oleh DAP kepada bangsa Melayu di Pulau Pinang.
Peristiwa itu merupakan pengajaran kepada masyarakat Sarawak agar lebih berhati hati dalam memberikan sokongan kepada parti yang bersifat zalim dan rakus merosakkan alam sekitar demi mengumpul kekayaan.
Mereka masyarakat Sarawak melihat juga kemajuan yang dibawa oleh DAP di Pulau Pinang yang kini sebagai sebuah negeri yang mempunyai defisit yang tinggi susulan ketidak cekapan Lim Guan Eng memerintah. Mereka tidak mahu mimpi ngeri Pulau Pinang berlaku pula di Sarawak.
Sesungguhnya hutan yang kaya dengan kayu kayan akan menjadi mangsa kerakusan pemimpin DAP nanti dan memusnahkan keseluruhan tanah adat di Sarawak.
Justeru itu, rakyat Sarawak amat perlu berhati-hati dan terus menolak DAP sebagai wadah politik.
Post a Comment