Header Ads

Kemungkinan Besar Agaknya, Keluar UMNO Syarat Pembangkang Untuk Mahathir


Untuk bekerjasama dengan pembangkang, mereka pastinya tidak mahu pemimpin mereka ada tercalit sejarah mahupun kisah bersama dengan UMNO. Mungkin itulah syarat yang diletakkan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad jika mahu meminta bantuan mereka.
“Keluar UMNO dahulu, baru kita bekerjasama,” mungkin itu permintaan Kit Siang.
Jika tidak, masakan hanya beberapa hari selepas bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keluar UMNO dengan cepat deklarasi bersama para perosak negara ditandatangani dan diketuai oleh Dr Mahathir.
Bagi bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mukhriz Mahathir mereka tidak perlu keluar UMNO kerana hanya sebagai ‘Pak Turut’ sahaja, yang memimpin dulu perlu keluar UMNO.
Permintaan itu juga sebagai cagaran kepada pembangkang adakah Dr Mahathir sanggup memperjudikan parti yang memberikan beliau ruang mendaki sehingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan dari dalam parti itulah Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin pembangkang dikutuk macam-macam oleh Dr Mahathir.
Tidak sukar untuk meramalkan apa perbincangan yang berlaku antara Kit Siang dan Dr Mahathir sebenarnya.
Dalam hal ini, kesanggupan Dr Mahathir menerima syarat berkenaan atau meminggirkan UMNO terus dari sejarah hidupnya yang membuatkan ramai rakyat kecewa. Sejarah 22 tahun susah senang, gembira sedih Dr Mahathir bersama rakyat Malaysia dihapuskan begitu sahaja oleh seorang tokoh yang sudah disanjung sebagai negarawan.
Dek kerana bencikan pemimpin berjiwa besar, Dr Mahathir sanggup tidak berfikir panjang dan sanggup meninggalkan parti.
Ketika tidak menyukai gaya pentadbiran bekas Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra dulu, Dr Mahathir menulis surat mengkritik Tunku sehingga beliau dipecat dari UMNO pada masa dulu. Banyak lagi cara jika beliau benar-benar mahu menggulingkan Najib.
Sekali, mengapa perlu mengambil langkah menjijikkan dengan ibarat melutut pula meminta simpati dari pakatan pembangkang untuk mendesak Najib meletak jawatan.

No comments