Khir Toyo Luah Rasa Syukur Di Laman Facebook
Akhirnya Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberikan parol semalam selepas beliau menjalani hukuman enam bulan penjara di Penjara Kajang.
Keputusan itu dibuat ahli lembaga parol setelah mengadakan mesyuarat pagi semalam yang majoritinya bersetuju untuk meluluskan permohonan peguam bekas Menteri Besar Selangor itu.
Sebelum ini Dr Mohamad Khir, 50, disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam dengan memiliki dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bermnilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.
Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu bagaimanapun mengekalkan sabitan dan hukuman 12 bulan penjara terhadapnya.
Menerusi entri akaun Facebook miliknya, Khir meluahkan rasa bersyukur atas perkara itu.
“Alhamdulillah, Lembaga Parol sebentar tadi telah meluluskan permohonan parol Dr Mohamad Khir Toyo.
Mulai 29 Mac 2016 Dr Khir Toyo akan menghabiskan dua bulan terakhir hukuman penjaranya dengan Tahanan Kediaman di bawah pengawasan Pejabat Parol Klang.
Entri tersebut turut tertulis: “Setelah enam bulan di penjara akhirnya Dr Khir bertemu keluarga secara berdepan tanpa kaca penghalang lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.”
Post a Comment