Kit Siang Goyang, Awal-Awal Gelarkan Pakatan PAS – Ikatan Tiada Nilai
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar pasukan parti baru dalam politik Malaysia yang dijalinkan PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang diumumkan hari ini sebagai pakatan yang tiada guna kerana menggunakan kata-kata “zero+zero = zero” atau kosong + kosong = kosong.
Biasanya, apabila parti cauvinis bangsa Cina ini memberikan reaksi pantas selepas berlaku sesuatu, ia adalah kerana perkembangan itu telah membuatkan parti berkenaan tidak senang duduk biarpun tidak berasa takut atau bimbang.
DAP bukannya bimbang dengan Ikatan Bangsa Malaysia tetapi bimbang dengan PAS yang pernah bersama-sama dalam Pakatan Rakyat selama bertahun-tahun sehingga berjaya menawan beberapa buah negeri sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Bukan sedikit rahsia dan gaya kempen DAP ada dalam poket PAS yang kini sudah ada rakan kongsi baru untuk menghadapi PRU ke-14 akan datang. Dengan wujudnya gabungan baru, kini suasana politik di Malaysia semakin meriah dengan adanya tiga pakatan sudah tercipta.
Ia adalah Barisan Nasional (BN) yang merupakan Kerajaan Persekutuan ketika ini, Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan yang terkini Ikatan yang terdiri dari PAS dan Ikatan.
Jangan dilupa yang kerjasama atas nama Islam masih tidak dimatikan oleh PAS dan UMNO pada ketika ini selepas ia disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebab itulah DAP perlu segera membuat persepsi buruk ke atas Ikatan dengan seburuk-buruk persepsi untuk terus mematikan hasrat orang ramai untuk terdetik sedikitpun untuk menyokong gabungan itu.
PAS sudah pasti akan menyusun strategi hebat untuk berdepan Pakatan Harapan yang cukup berlagak dan angkuh dengan gabungan baru selepas menyisihkan PAS sebelum ini.
“Ini dipanggil kerjasama atau kuasa ketiga?
“Dalam politik, kosong campur dengan kosong bersamaan dengan kososng, anda boleh petik kata-kata saya seperti itu,” katanya dengan memberikan seburuk-buruk persepsi ke atas kerjasama berkenaan.
Parti Ikatan diketuai oleh bekas menteri kabinet iaitu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Hari ini, satu memorandum persefahaman sudah pun ditandatangani antara kedua-dua parti dalam satu sidang media tengahari tadi.
Kerjasama PAS dan Ikatan diumumkan hari ini.
Menurut Abdul Hadi yang memimpin PAS, kerjasama baru itu mendukung prinsip dan pendekatan tidak ekstrem selain terus memperjuangkan pemerkasaan Perlembagaan mengikut lunas-lunas Islam.
“Kami menolak pendekatan ekstrem dan membangkang secara melulu.
“Waktu lawan (PRU), kita lawan tetapi waktu lain kita akan dekati kerajaan untuk nasihat mereka supaya perbaiki kelemahan serta kesilapan,” katanya.
Nampak jelas, DAP memang terganggu dengan tertubuhnya pakatan baru ini kerana kewujudannya sudah pasti akan memaksa DAP terpaksa berdepan dua musuh sekarang ini iaitu BN dan PAS yang satu ketika pernah menjadi sahabat baik pada satu masa dulu dalam tempoh yang lama.
Post a Comment