Header Ads

Mahathir Bapa Segala Binatang Dalam Isu Dedak Kata Aktivis UMNO





Seorang aktivis UMNO, Zaharin Mohd Yassin menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bapa segala binatang berhubung isu dedak (memberi wang) bagi mendapatkan sokongan.

Zaharin melalui akaun Facebook berkata isu memberi wang bagi mendapatkan sokongan di dalam Umno telah bermula sejak zaman pentadbiran Tun Mahathir.



zaharin

“Seingat saya yang mula-mula bagi makanan dedak ni Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan UMNO tahun 1987 dan juga Pilihanraya Sabah yang UMNO mula bertanding walau pun Megat Junid sudah mati tetapi yang mengandar duit, banyak yang masih hidup.

“Persoalan kenapa Aziz Shamsudin (tidak ikut Deklarasi Rakyat? MakaKesimpulannya jika nak di ikut bapak segala binatang ialah Dr Mahathir Mohamad sendiri , maafkan beliau, mungkin dia terlupa” ujarnya.


Tun Mahathir ketika menyampaikan ucapan di Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia pada Ahad menyifatkan pimpinan bawahan yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai memakan ‘dedak’ seeprti binatang.

Beliau turut melabelkan pimpinan yang senyap dan enggan menegur tindakan Najib sebagai menerima wang sogokan.

“Dedak ni dahsyat makanan binatang, apabila kamu makan dedak, samalah dengan binatang,” katanya semalam.

Sementara itu tinjauan SuaraTV di laman Facebbok mendapati rata-rata kenalan Zaharin turut menyokong kenyataan tersebut.

“Saya adalah salah seorang pengandar wang semasa Pilihanraya Sabah, nak (untuk) menumbangkan kerajaan PBS (Parti Bersatu Sabah) yang di ketuai oleh Pairin Kitinggan yang bergabung dengan S46 (Semangat 46),” kata Yusof Merah.

“Bunyi kasar niat ikhkas dan berkata benar lebih baik dari cakap baik mengaku baik tetapi hakikatnya telunjuk lurus kelingking berkait. Sememangnya melayu yang mudah lupa itu menjadi habuan Tan Tin Tun,” ujar Jimparaya Japri.

“Kita perlu kasar, dah tak pakai lembut lembut ni, ramai sangat yang lena dan kenyang,” kata Mohd Saad Abd Hamid pula. – SuaraTV


2 comments:

  1. Zaharin, sekarang ni siapa lagi yg dok makan dedak dan kandar duit ni?! Dlm Umno tg hebat bagi dedak adalah ku li dan anwar ibrahim. Zaharin pun makan dedak jugak tu yg marah bila dikatakan makan dedak. Beli undi dengan makan dedak ada bedanya. Bila zaharin dah banyak makan dedak, dia tak dapat befakan dgn membeli undi. Kesian....pemakan dedak bernama Zaharin ni

    ReplyDelete
  2. tp aku rasa .. beli undi lbh baik drpd makan dedak sepanjang idup kan? ...

    ReplyDelete