Mahathir Masih Memainkan Isu Jambatan Bengkok Untuk Raih Perhatian
Sudah beberapa kali telah dijawab oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun ABdul Razak berhubung pembinaan Jambatan Bengkok yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir satu ketika dahulu. Perdana Menteri menegaskan, tiada kepentingan untuk kerajaan Malaysia membina jambatan berkenaan bagi mengurangkan penggunaan Tambak Johor yang sedia ada sekarang.
Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan membazirkan wang untuk membina satu jambatan yang boleh mencecah pembelanjaan pembinaan sebanyak lebih RM 2 bilion, hanya semata-mata mahu tunduk kepada suruhan Tun M.
Tambahan pula, implikasi pembinaan jambatan berkenaan terlalu besar samada dari segi perundangan mahupun gangguan kepada bekalan air dan landasan keretapi yang kini tutur menggunakan jaluran Tambak Johor.
Namun, setelah beberapa bulan perkara ini didiamkan, kini timbul semula dakwaan dari Tun M yang mengatakan kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib terlalu tunduk kepada kerajaan Singapura sehingga sanggup membatalkan pembinaan jambatan berkenaan. Malah, dengan lantang Tun M mendakwa Datuk Seri Mohd Najib menolak pembangunan yang akan dibawa hasil daripada pembinaan jambatan ini.
Daripada apa yang dilihat menerusi blog beliau, chedet.cc ini, nyata sekali Tun M seakan-akan kehabisan idea dalam usaha menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib. Isu jambatan bengkok ini bukan perkara baru dan ianya telah dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dahulu.
Malah kos ganti rugi pembatalan pembinaan jambatan ini juga sudah dijelaskan oleh kerajaan Malaysia kepada kontraktor yang dilantik oleh Tun M. Apa lagi yang tidak memuaskan hati Tun M sehingga sanggup mengitar semula isu yang nyata sudah lapuk dan tidak relevan lagi pada masa kini?
Dalam satu ucapan Perdana Menteri di Johor tahun lalu, Datuk Seri Mohd Najib jelas sekali tidak bersetuju untuk menyambung semula projek berkenaan kerana pada hemat beliau, rakyat Johor lebih memerlukan rumah mampu milik dari hanya sebatang jambatan yang hanya digunakan oleh mereka yang bekerja di Singapura dan menarik rakyat Singapura untuk membeli belah di Johor.
Nyata sekali, Datuk Seri Mohd Najib mengutamakan keperluan asas seperti perumahan dan kebajikan rakyat Johor dari terus menerus membazirkan wang merealisasikan impian Tun M dengan terbinanya Jambatan Bengkok. Malah, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin sendiri mengakui, adalah suatu kerugian membina jambatan seumpama itu disaat rakyat Johor amat memerlukan rumah mampu milik.
Dalam hal ini, tidak timbul dakwaan yang mengatakan Datuk Seri Mohd Najib tunduk kepada kerajaan Singapura sehingga takut untuk membina jambatan berkenaan. Difikirkan secara logik, pembinaan sesuatu infrastruktur yang menghubungkan dua buah negara, perlu mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak. Dalam hal ini, pembinaan jambatan berkenaan juga tidak terkecuali.
Jika kerajaan Malaysia bersetuju untuk membina jambatan berkenaan dengan keluasan 4 lorong, adakah kerajaan Singapura sanggup mengeluarkan belanja yang sama bagi menyambung pembinaannya di sebelah Singapura dengan kapasiti yang sama iaitu 4 lorong?
Jawapannya, sudah pasti tidak kerana kerajaan Singapura sejak dari dahulu lagi amat sukar mengeluarkan dana bagi menyambung apa sahaja projek yang diusahakan oleh Malaysia.
Jadi untuk apa lagi pembinaan jambatan ini masih mahu terus diperkatakan? Adakah Tun M sendiri sudah tenggelam dalam amukan dendam beliau kepada Datuk Seri Mohd Najib sehingga menidakkan semua implikasi hasil daripada idea bodoh beliau ini? Adakah Tun M menidakkan hak dan kemahuan rakyat Johor yang amat memerlukan rumah mampu milik dibina di seluruh negeri Johor?
Sebenarnya, bukan Datuk Seri Mohd Najib yang takut kepada kerajaan Singapura, sebaliknya, Tun M sendiri yang takut kegagalan pembinaan ini akan menyebabkan semua kroni beliau yang masih berharap kerajaan meneruskan projek ini, meninggalkan beliau kerana kata-katanya yang sudah tidak laku lagi dalam komposisi politik hari ini.
Post a Comment