Header Ads

Mahathir Perlu Minta Maaf Kepada Kesultanan Johor


images (11)

Kegilaan Tun Dr Mahathir yang semakin hari semakin terdesak tindakannya, nyata tidak disenangi oleh ramai pihak termasuklah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Baginda sendiri meluahkan apa yang terbuku dihati baginda berhubung banyak perkara yang pernah berlaku terhadap keluarga Kesultanan Johor, lebih-lebih lagi pada tahun 1992.

Dalam entri baginda kelmarin, baginda ada menyebutkan tentang bagaimana kerajaan semasa pentadbiran Tun M melayan keluarga Di Raja Johor. Malah baginda turut menyebut beberapa perkara dengan tujuan untuk mengingatkan rakyat negeri Johor, usah mudah terpedaya dengan permainan politik kotor Tun M, dari dulu sehingga kini. Inilah ungkapan baginda //

993084_596568040506499_2320193805902385091_n

“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.
Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.”

Semua ini nyata meninggalkan luka yang paling dalam terhadap waris keturunan Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ismail. Perkara seumpama ini, terutamanya tindakan Tun M yang melemahkan kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu semasa pentadbirannya, walaupun tidak mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja, nyata sukar dilupakan.

tunku2

Bagaimana Tun M boleh tersenyum setelah pelbagai konflik antara pentadbirannya dengan pihak Istana terutamanya Istana Johor terus hangat dibuka sehelai demi sehelai lembarannya? Jika dahulu, mungkin Tun M boleh mendiamkan perkara ini. Namun, kemunculan semua Putera-Putera Sultan dan Raja-Raja Melayu nyata tidak akan dapat didiamkan selama-lamanya oleh Tun M.
Adalah amat sayang sekali, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar telah mangkat pada 22 Januari 2010. Andai kata Kebawah Paduka Sultan masih hidup, pastinya Almarhum juga akan meluahkan perkara yang sama seperti apa yang diluahkan oleh Tunku Ismail kelmarin. Sudahlah Tun M, minta maaflah dengan waris Kesultanan Johor dengan apa yang telah Tun M lakukan satu ketika dahulu.


No comments