MARA Tempatkan Pegawai SPRM Di Jabatan Elak Rasuah
KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil langkah ke hadapan dalam membendung gejala rasuah dengan menubuhkan Unit Integriti serta menempatkan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di dalam agensi tersebut.
Memetik laporan portal berita Malaysia Gazette, Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa sebagai berkata, siasatan-siasatan dalaman terhadap entiti-entiti yang berada di bawah agensi berkenaan juga sentiasa dilakukan selepas mendapat aduan dan disusuli dengan tindakan yang sepatutnya bagi memastikan integriti MARA yang memegang amanah rakyat terutamanya golongan bumiputera terus terpelihara.
"Penyiasatan dalaman MARA dan agensi-agensi di bawahnya sentiasa dilakukan secara berterusan cuma ianya tidak dihebahkan di media sepertimana isu MARA Incorporated kerana masalah yang melanda syarikat berkenaan pada asalnya telah didedahkan oleh suratkhabar Australia.
Post a Comment