@NgaKorMing Dan Fitnah Tidak Dapat Dipisahkan - Sarawak Pula Menjadi Mangsanya @PDRMsia @SKMM_MCMC

Laman sosial Facebook atas nama Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming ini semakin hari semakin kurang ajar dan bebas untuk melakukan pembohongan dan fitnah. Seolah-olah Kementerian berkenaan atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mampu membendung atau menutup terus laman sosial berkenaan.
Terbaru, negeri dan Rakyat Sarawak pula menjadi mangsa fitnah laman sosial berkenaan. Gambar berkenaan mengambarkan kononnya selepas 60 tahun pemerintahan Barisan Nasional, Rakyat Sarawak masih terhimpit arus kemodenan dan daif seperti dalam gambar di bawah.
Buat Nga Kor Ming atau siapa saja yang mengeluarkan gambar berkenaan, agak-agaklah. Mana ada sekolah di Malaysia, khasnya di Sarawak yang berpakaian 'uniform' sekolah sebegitu. Keduanya, agaknya tahun bila ya Sarawak bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu? Rasanya belum sampai 60 tahun BN memerintah Sarawak.
YB janganlah menjadi sotong Pandan yang asyik 'bergurau" sepanjang masa. Malu sebagai Ahli Parlimen DAP buat fitnah sepanjang masa dan buta sejarah. Terakhirnya, Ubah kepala atok mu.
Post a Comment