Pembangkang Sedia Ampunkan Dosa Mahathir Demi Jatuhkan Najib - Nilaikan Siapa Mahathir Sebenarnya... Rela Bersekongkol Dengan Pakatan Pembangkang Demi Menjaga Kepentingan Peribadi Semata Tanpa Memikirkan Nasib Rakyat...
Semenjak Tun Dr Mahathir bertindak meninggalkan UMNO baru-baru ini, banyak perkhabaran tersebar dengan menyatakan kecenderungan Tun M yang kini menjurus kearah pembangkang. Sejak beliau meninggalkan UMNO, hampir kesemua pemimpin utama Pakatan Harapan mengunjungi beliau di Wisma Yayasan Perdana dan menariknya, kesemua mereka mengeluarkan kenyataan yang sama.
Dengan menggunakan alasan membincangkan isu negara, mereka seolah-olah “bergembira” dengan keputusan Tun M meninggalkan UMNO. Tindakan Tun M ini jelas membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka membawa Tun M kedalam Pakatan Harapan dan sekaligus mengharapkan sokongan terhadap pakatan pembangkang ini semakin kukuh.
Jika sebelum ini Tun M teruk dihina oleh Pakatan Harapan dengan pelbagai gelaran, hari ini beliau pula bagai disanjung seperti seorang pejuang hanya kerana kecenderungan beliau untuk melihat Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijatuhkan.
“Niat murni” Tun M ini jelas menampakkan bagaimana beliau sanggup meletakkan perjuangan yang beliau asaskan ketepi demi untuk memenuhi keperluan nafsu politik beliau semata-mata. Pada mata pembangkang, Tun M dilihat begitu suci, seolah-olah seperti tidak pernah wujud sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Tun M terhadap pembangkang.
Kini, seolah-olah sudah dapat melupakan segala kekejaman Tun M terhadap pembangkang, tanpa mempedulikan apa sahaja tindakan dan hinaan Tun M dahulu, mereka kini seolah-olah dapat memaafkan setiap kesalahan Tun M dan sekaligus menerima beliau sebagai salah seorang pemimpin didalam Pakatan Harapan.
Perkembangan ini bakal menjadikan Tun M bakal menjadi salah seorang bekas pemimpin UMNO yang kecewa dan meninggalkan parti dan akhirnya menghabiskan sisa-sisa perjuangan mereka menerusi pembangkang. Sekali lagi, beliau pastinya menagih sokongan para penyokongnya untuk menyokong setiap tindakan beliau dan sekaligus meninggalkan UMNO secara beramai-ramai.
Post a Comment