Header Ads

“Selamatkan Malaysia” atau “Selamatkan Keluarga Lim Kit Siang dan Mahathir”

mahathir

Perdana Menteri yang korup serta menyalahgunakan kuasa boleh disingkirkan melalui apa sahaja cara asalkan ia bersifat demokratik dan sah mengikut undang-undang.- Roket kini
Saya ingin  membidas kenyataan Lim Kit Siang  bahawa pilihanraya bukan merupakan satu-satunya cara untuk menukar kerajaan secara demokrasi atau ianya bermaksud terdapatnya cara lain selain dari sistem perundangan.
DAP cakap tidak serupa bikin, dalam memperkatakan demokrasi  dan kepatuhan kepada undang-undang,  berapa banyak tentangan yang telah dilakukan oleh DAP terhadap undang-undang negara yang menjurus kepada penglibatan kesalahan mereka yang dipertikaikan.
Menjatuhkan sesebuah kerajaan itu adalah matlamat DAP  untuk menjayakan agenda kesamarataan dan  menjadikan Malaysia sebuah negara yang tiada asas kukuh melalui Rukun Negara. Ini yang sebenarnya dilakukan oleh DAP.
Deklarasi “Selamatkan Malaysia” hanya retorik dimana selamatkan Malaysia itu hanya wujud bagi mereka yang ingin membenamkan kekuasaan politik orang Melayu dan menguasai  sepenuhnya negara ini dan boleh melakukan apa sahaja.
Terdapat pelbagai mekanisme lain boleh dilakukan bagi membenamkan DAP yang menyalahgunakan kuasa, tidak terhad kepada pilihanraya umum sahaja. Malah laporan polis perlu dilakukan secara  besar besaran dan mendesak peguam negara agar menubuhkan satu pasukan penyiasat dalam skandal yang dilakukan oleh DAP.
Salah satu cara ialah dengan membawa DAP serta semua pemimpin  ke mahkamah melalui Peguam Negara. Peguam Negara mesti  menjalankan siasatan dan berpuas hati bahawa Pemimpin DAP dan PKR terlibat dalam rasuah,Penindasan, kezaliman penipuan dan semua pemimpin ini  tidak boleh terus menjadi pemimpin dan perlu berhadapan dengan hukuman yang termaktib dalam negara ini.
Terang lagi bersuluh, skandal yang telah dillakukan oleh pemimpin DAP tidak ada saorang pun yang berani membuat laporan polis. Ini adalah  salah satu sebab mengapa mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa takut dengan undang undang negara.
Begitu juga dengan skandal Mahathir yang terlampau banyak untuk diselamatkan, jadi dengan pengabungan ini ianya pada kebanyakannya ingin membawa satu koloni anak beranak untuk menjual Malaysia sehingga licin.
Semua pemimpin DAP dan Mahathir mesti mengistiharkan harta mereka sama ada  dalam dan luar negara dan pembekuan harta mesti dilakukan untuk mengwujudkan kes.
Skandal dana RM1.2 billion yang ternyata dengan bukti video pun pemimpin UMNO tidak berani dan tidak mampu  untuk mengendalikannya. Jadi apakah gunanya lagi mereka ini. Kalau setakat bercakap terjerit jeri untuk ABATA  saya pun mampu lakukan.
Jika DAP  bersalah atas segala skandal kewangan melibatkannya seperti skandal penjualan tanah tanpa wang  dan skandal derma RM1.2  bilion dana Israel sebelum ini, seharusnya satu pembentangan di Parlimen harus dibuat atas dasar keselamatan negara.
 “Media Disekat, Demokrasi Nazak”, Ini adalah amalan yang dilakukan oleh DAP secara terangan dimana  bukan sahaja media malah kebebasan menyuarakan pandangan dan pendirian tidak wujud didalam kamus perjuangan DAP.
Beberapa orang telah dipecat adalah hanya kerana mempertahankan  pandangan dan pendirian berhubung dengan isu yang disuarakan  oleh rakyat. Suara rakyat tidak pernah diberikan peluang dan rakyat dilihat sebagai hamba tebusan yang tidak boleh menyatakan apa juga bentuk pendapat.
DAP adalah satu kumpulan “cakap tak serupa bikin” – dah cukup molek bersama mamak India Karala ini seorang putar belit lidah dan seorang mata sepet komunis.
Sebelum ini, pada 2009, kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan melalui “lompatan” Ahli Dewan Undangan Negeri yang membolehkan BN merampas pentadbiran negeri walaupun tewas sebelum itu dalam pilihanraya umum 2008.
Melalui cara ini dan telah dibawa ke muka pengadilan, DAP yang dikatakan akan  bersikap demokratik adalah pembohongan semuanya. Mereka menentang semua keputuasan yang tidak memihak kepada mereka.
Bila DAP bercakap pasal undang undang negara , sejak bila DAP menghormatinya?

No comments