Header Ads

Siapa Yang Tawarkan Jawatan Gabenor Pulau Pinang Pada Muhyiddin?



Ketika berucap disatu majlis di Kota Tinggi, Johor semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri dan ekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin mendedahkan, beliau telah ditawarkan jawatan selaku gabenor di Pulau Pinang bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas dan jawatan tertinggi didalam Pemodalan Nasional Berhad (PNB).
Namun demikian, dalam ucapan beliau, beliau tidak menamakan siapa yang menawarkan jawatan berkenaan kepada beliau dan adakah ianya ditawarkan semasa atau selepas digugurkan daripada kabinet. Namun apa yang pasti, dakwaan beliau juga tidak disertakan dengan sebarang asas yang kukuh.

download (17)

Jika benar beliau ditawarkan untuk menjadi Gabenor di Pulau Pinang, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah yang membuat tawaran berkenaan? Adakah Datuk Seri Mohd Najib, kerajaan Pulau Pinang sendiri atau menerusi Tun Abdul Rahman Abbas?
Untuk sedikit pengetahuan, perlantikan Gabenor di Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah bukan terletak ditangan Perdana Menteri. Apatah lagi negeri berkenaan dikuasai oleh parti pembangkang dimana kuasa Perdana Menteri terhad keatas pembangunan asas di negeri berkenaan.
Kuasa mencadangkan nama seseorang individu untuk dilantik sebagai Gabenor sebenarnya terletak penuh ditangan kerajaan negeri-negeri berkenaan dimana ianya langsung tiada kena mengena dengan Perdana Menteri. Seseorang Ketua Menteri, akan mengemukakan nama pengganti bagi Gabenor negeri-negeri berkenaan kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Agong untuk diluluskan di Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

images (14)

Inilah laluan yang harus diikuti oleh mana-mana bakal calon yang mungkin dilantik sebagai Gabenor. Berlainan dengan melantik Menteri Besar di negeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan, Perdana Menteri akan mengemukakan usul berkenaan kepada Sultan-Sultan negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu.
Jadi, dimana asasnya dakwaan Muhyiddin kononnya, beliau ditawarkan jawatan selaku Gabenor di Pulau Pinang? Adakah Lim Guan Eng sanggup merendahkan egonya melantik seorang Menteri daripada UMNO untuk menjadi ketuanya di Pulau Pinang?
Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat dengan dakwaan karut ini. Jika rakyat dahulu dimana sumber berita dan informasi terhad, mungkin boleh Muhyiddin perbodohkan. Namun disaat semua informasi sahih berada dihujung jari, tidak mungkin dapat memudahkan beliau dari terus menipu rakyat.

No comments