Syed Saddiq Kaki Clubbing Berangan Mahu Jatuhkan Pentadbiran PM?
KUALA LUMPUR – Ketua kumpulan Challenger (kumpulan ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa sebagai seorang yang suka berparti liar dan sering berpesta di kelab malam.
Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.
“Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.
“Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara,”katanya.
Katanya, Syed Saddiq juga sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam di dalam negara dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh sesiapa pun.
“Namun, peristiwa di Filipina dirakamkan kerana dia dikatakan alpa dan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol. (tidak dapat dipastikan),”katanya.
Menegaskan kelakuan tersebut melampaui batasan seorang pelajar beragama Islam, pengendali blog tersebut turut mempersoalkan tindakan pegawai pengiring kepada Syed Saddiq.
“Saya ingin menyoal kembali pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib Canselor Univerisi ISLAM Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara mengikuti program debat ini.
“Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam? Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?
“Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial, berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya? Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?,”soalnya.
Tambahnya lagi, tidak disangkal bahawa ketua kepada kumpulan Challenger ini mempunyai sikap dan perangai yang sama seperti Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu juga merupakan kaki arak dan kaki judi. Begitu juga dengan Mirzan Mahathir yang merupakan Non-Executive Director kepada syarikat Petron yang dimiliki oleh San Miguel Corps.
“Dan yang peliknya, mereka yang berpendirian liberal ini disokong oleh seorang yang dianggap sebagai konservatif dan pro-Islam, iaitu Tun Dr. Mahathir.
“Saya berharap agar Syed Saddiq dapat tampil dan menafikan gambar-gambar ini sebagai palsu, photoshop yang sengaja digunakan untuk menjatuhkan kredibilitinya,”katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya gambar tersebut didapati benar, maka dia memohon kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia supaya mengamgambil tindakan segera, dan bertindak melakukan sesuatu agar perkara yang sama tidak berulang.
“Agar nama baik UIAM sebagai sebuah universiti ISLAM tidak tercemar oleh perbuatan sumbang sebegini.
“Saya dedahkan 4 keping gambar di dalam Kelab Malam Palladium dahulu sementara menunggu respon daripada UIAM,”akhirinya.-SuaraTV
Post a Comment