Tamparan Kedua Untuk Guan Eng -Goh Leong San ADUN DAP Sungai Duyong Keluar Parti
Skandal pembelian rumah dibawah harga pasaran yang dilakukan oleh Lim Guan Eng telah menjadi satu tamparan hebat terhadap kedibiliti DAP yang mana selama ini kelihat cukup “maksum” dalam banyak perkara oleh pengikut mereka.
Ini merupakan satu tamparan yang menjejaskan segalanya dan membongkar segalanya yang berlaku secara tersembunyi oleh DAP dan kroninya. Semuanya kini sudah terbongkar. Tiada apa yang dapat disembunyikan lagi. Bak kata orang “Tembelang sudah pecah”
Semalam, Lim Guan Eng bersama Setiausahanya cuba “melarikan diri” dari bertembung dengan wartawan dan tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan wartawan yang ingin mendapatkan penjelasan berikutan isu pembelian banglow bawah paras harga pasaran dan kaitan dengan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah Taman Manggis.
Beliau bagaimanapun berjalan laju menuju ke keretanya dan memberi alasan ada temujanji lain di luar.
“Saya ada temujanji, sila beri laluan kepada saya,” katanya sambil menuju ke keretanya dan terus beredar dari Parlimen.
Selain isu banglo mewah dan Taman Manggis, wartawan juga ingin mendapatkan maklum balas pemimpin itu mengenai ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San yang diisytihar keluar parti dan diumumkan sebagai wakil rakyat Bebas berkuat kuasa hari ini.
Goh Leong San satu ketika dulu pernah membela Betty Chew Gek Cheng ketika isteri Lim Guan Eng itu dimalukan dalam DUN Melaka bahawa suaminya, Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang pembantu wanita di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2012. Ketika itu Betty Chew adalah ADUN DAP Kota Laksamana, Melaka.
Tindakan Goh keluar dari DAP juga merupakan satu lagi tindakan yang memungkinkan terdapatnya isu yang besar dan tidak diketahui oleh rakyat. Amat jarang sekali seorang ahli DAP sanggup melepaskan keahlian jika tiada sesuatu krisis berlaku.
Tindakan Goh telah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad. Dengan ini bermakna anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Goh Leong San dari DAP kini merupakan Adun Bebas,
Tekanan yang dihadapi oleh Guan Eng semakin bertambah dan bakal meruntuhkan kariernya sebagai ADUN dan Ahli Parlimen, asakan demi asakan dilakukan agar beliau mendedahkan segala yang berlaku berikutan pembongkaran skandal pembelian rumah dibawah harga pasaran dan penjualan tanah yang digazetkan untuk perumahan rakyat.
Pada Minggu lepas Ahli Parlimen Bagai itu dilihat cuba menganggu Dewan selama satu jam ketika perbahasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, yang mahu mendedahkan tentang skandal Kerajaan Negeri P.Pinang mengenai penyelewengan Taman Manggis.
Sejurus Guan Eng dihalau keluar dari Dewan, Rahman mendedahkan bahawa perbuatan menganggu perbahasan itu sengaja dilakukan pemimpin DAP itu agar boleh ‘terlepas’ daripada menjawab pendedahan mengenai Taman Manggis
Post a Comment