Tembelang Skandal Penyalahgunaan Kuasa Guan Eng Terdedah
Iklim panas cuaca hari ini sebenarnya telah “menjangkiti” iklim didalam Parlimen semalam. Masakan tidak, satu demi satu pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahya hari ini nyata telah mencuri perhatian ramai pihak.
Ini kerana, beliau dengan beraninya mendedahkan bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng begitu rakus untuk menjadi ejen hartanah di Pulau Pinang dengan menjual dua bidang tanah yang sepatutnya dibangunkan untuk unit kediaman rumah mampu milik, dengan kadar sewa serendah RM 100 sebulan, kini telah dijual untuk membangunkan hotel-hotel mewah.
Berita ini sebenarnya belum cukup mengejutkan kerana umum sudah mengetahui, kerakusan Lim Guan Eng yang menggadaikan hampir keseluruhan tanah negeri Pulau Pinang kepada pihak luar sehingga sanggup mengusir penduduk asal tanah-tanah berkenaan.
Namun, apa yang paling mengejutkan, bagaimana Lim Guan Eng menyalahgunakan kuasa Ketua Menteri yang beliau sandang hari ini dengan membeli sebuah unit lot Banglo dengan harga jauh lebih murah dari kadar semasa.
Pendedahan yang mirip dengan apa yang terjadi terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 bulan setelah didapati bersalah membeli sebuah unit lot banglo di Shah Alam sebelum ini.
Kini, perkara yang sama turut dilakukan oleh Lim Guan Eng apabila dia membeli sebuah rumah pada harga sekitar RM 2.8 juta sahaja sedangkan harga pasaran dianggarkan sekitar RM 6 hingga RM 7 juta. Paling mencuri tumpuan, rumah berkenaan dibeli pada harga sekitar RM 2.5 juta pada tahun 2007 kemudian dijual pada harga RM 2.8 juta, margin keuntungan sekutar RM 300 ribu sahaja.
Dimana logiknya urus niaga berkenaan sedangkan ditegaskan sekali lagi, harga rumah berkenaan mengikut anggaran semasa sekali ganda daripada harga yang dibeli oleh Guan Eng?Adakah ini juga merupakan satu “kerja kebajikan” yang dilakukan oleh Guan Eng? Belum lagi berbicara tentang tanah yang dijual olehnya kepada sebuah syarikat yang langsung tiada kena mengena dengan kerajaan negeri.
Inilah akibatnya memberikan kuasa kepada DAP untuk menguruskan sebuah negeri. Jika hari ini dia sanggup menjualkan tanah-tanah di Georgetown kepada pihak luar, tidak mustahil, satu hari nanti, dia sanggup menjual negeri pula kepada pihak luar.
Paling utama, andai Dr Mohd Khir Toyo mengakui kesilapannya dalam urusniaga rumah berkenaan dan sanggup menerima hukuman yang dikenakan keatasnya atas kesilapan beliau sendiri, adakah Guan Eng mempunyai keberanian yang sama untuk menyangkal ata memperakui dakwaan berkenaan?
Post a Comment