Zulhazmi “Tutup” Mata Pada Kezaliman DAP
Dah hampir setahun aku menyertai DAP. Aku keluar dari parti lama aku dan menyertai DAP kerana aku “istiqamah” untuk menentang kezaliman, rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai kejahatan lain oleh parti pemerintah- Zulhazmi roketkini
Saya terpanggil untuk menjawab hujah yang mana dibuat oleh saorang pemuda Melayu yang bernama Zulhazmi Sharif yang mana kini telah menyertai DAP atas dasar Istiqamahnya untuk menentang kezaliman yang dikatakan dilakukan oleh pemenrintah masa kini.
Kezaliman yang dimaksudkan oleh Zulhazmi ini hanya berkisar kepada asas kepercayaannya kepada DAP yang dikatakan mampu menentang isu tersebut. Beliau juga melihat kejahatan yang dilakukan oleh pemerintah sebagai salah satu yang perlu ditentang.
Pemikiran dangkal yang dibuat oleh Zulhazmi ini hanya menuding jari pada sebelah pihak sahaja dan ianya tidak menyeluruh. Pernah atau tidak Zulhazmi membongkar kezaliman terlampau dan skandal-skandal Mega yang sedang dan telah dilakukan oleh DAP dan penyelewengan wang rakyat.
Jawapan tentu sekali tidak. Keberanian Zulhazmi hanya mampu melihat sebelah mata sahaja. Terus terang saya ingin katakan bahawa apakah Zulhazmi tidak melihat bahawa pengusiran sebanyak 26 buah kampung Melayu di Pulau Pinang itu bukan satu bentuk kezaliman?
Merobohkan sumber pencarian terutama orang Melayu di Pulau Pinang juga bukan satu bentuk kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh DAP, Dimasa ini dimanakah Zulhazmi dalam menentang kezaliman dan penindasan tersebut?
Begitu juga dengan isu penambakan laut yang mendapat tentangan masyarakat Cina dan memusnahkan sumber rezeki mereka itu bukan satu kezalimankah? Dimanakah Zulhazmi dalam mempertahankan rakyat yang ditindas.
Kehilangan sebanyak RM2 billion yang mana dikatakan atas “kesilapan Excel” atau lebihan kiraan juga merupakan rasuah terncang dalam menyelewengkan wang rakyat untuk mengambil kepentingan dari projek yang dijalankan.
Begitu juga bayaran sebanyak RM305 juta hanya kerana kertas konsep dibayar dengan menggunakan wang rakyat. Zulhazmi mungkin hanya beristiqamah pada DAP dan bukan beristiqamah pada nilai-nilai yang sebenarnya.
Menyentuh tentang kejahatan yang dilakukan, terlalu banyak yang hendak dituliskan tentang DAP ini, Kejahatan yang nyata dan memerlukan penentangan tulen ialah apabila saudara sendiri telah menghalalkan rumah urut dan spa yang tumbuh seperti cendawan di negeri pembangkang.
Saudara juga lupa bahawa kejahatan yang nyata apabila tiada kenyataan menentang dibuat bagi menghalang tindakan G25 dalam usaha menghalalkan yang haram dari segi agama Islam dengan berpaksikan liberlisme yang dibawa masuk dengan sokongan DAP.
Pernah atau tidak saudara bersama rakyat yang merintih bukan kerana kesempitan kehidupan tetapi apabila kehidupan dan tempat berlindung mereka dirobohkan. Adakah ini satu kebaikan yang saudara lihat dengan istiqamah yang saudara katakan.
Bukan itu sahaja DAP yang saudara agong kan itu sedang meruntuhkan penyebaran Islam , selepas penubuhan Pakatan harapan di Pulau Pinang satu tindakan mengejut telah dibuat oleh DAP terhadap bantuan bantuan yang disalurkan kepada Sekolah Rendah Islam Al Ansor (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) dimansuhkan.
Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri sejurus penubuhan Pakatan Harapan, Mungkin saudara melihat itu satu kebaikan dan bukan pernindasan dan kezaliman. Buka mata dan minda saudara seluasnya.
Dalam membezakan kedudukan kaum, DAP secara terang telah menobatkan sebagai sebuah parti berbilang bangsa dan tidak mengamalkan perkauman. Namun jika saudara membuka mata seluasnya atau sengaja membutakan hati saudara, mungkin saudara hanya melihat asas DAP sahaja.
Kita boleh melihat bagaimana pembohongan dan penipuan berlaku dalam dalam CEC yang mana melihat individu yang kalah boleh menolak kemenangan jika ianya dimenangi oleh kaum lain.
Ini amat jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat perkauman jika dibandingkan dengan prinsip yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Barisan Nasional dalam apa juga pemilihan dan juga perebutan jawatan diperingkat tertinggi menerima keputusan dan melantik sesiapa yang dipilih melalui sistem demokrasi yang diamalkan secara telus. Teluskah DAP dalam CEC?
Sakit hati dan terasa tercabar bila melihat PAS-UMNO yang semakin menjadi akrab sejak mutakhir ini, Tiada cara lain DAP ialah dengan menabur fitnah dimana mengatakan PAS telah menerima sebahagian dari wang dari UMNO , ditambah dengan serangan fitnah mereka terhadap 1MDB yang mana syarikat ini dimanopoli oleh orang Melayu di kawasan strategik yang kini mereka tidak dapat menguasainya.
Anti-Islam dan anti-Melayu, adalah sikap yang memberi kesan terhadap orang Melayu dimana telah menunjukkan sikap yang sebenarnya terhadap Agama Islam dan Melayu. Mana tidaknya kumpulan sokongan yang bergerak diatas platform NGO iaitu G25 telah menyuarakan satu cadangan yang tidak masuk akal dimana halal haram dalam agama Islam telah diperkotakkatikkan.
Isu entiti Melayu yang menjadi duri dalam daging DAP kian terserlah. Fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada Tabung Haji, Mara, Perkara 153, Raja Melayu, Agama Islam sedang giat dilakukan. Sebagai seorang Melayu yang berjiwa DAP mungkin saudara melihat perkara ini hanya sisipan sahaja.
Tetapi dari sudut yang luas disitulah terletaknya kekuatan orang Melayu dalam mendominasi ekonomi dan telah menjadi ancaman terhadap persaingan DAP. Cara yang paling baik ialah menghentikan segalanya agar semua itu akan dapat dimanopoli oleh bangsa Chauvanis DAP.
Pernah atau tidak saudara berjuang mempertahankan hak-hak mutlak kepunyaan Melayu yang kian dizalimi dan ditindas dengan kepelbagaian cara oleh DAP?
Post a Comment