DAP Terselamat Dari Skandal MEGA Disebabkan SPRM Adalah Sahabat Tidur Mereka?
Skandal Tanah Taman Manggis serta pembelian banglo dibawah harga pasaran serta skandal-skandal Mega DAP kini sedang menghantui pemimpin DAP dengan cuba mengalihkan kepada isu-isu yang baru.
Rakyat sedang melihat bagaimana rakusnya DAP dalam memusnahkan segala yang ada di Pulalu Pinang tanpa ada satu pun tindakan kebajikan untuk rakyat. Rakyat didalam pemerintahan DAP sedang dizalimi , ditindas, dihina dengan pelbagai cara.
Rasuah dan penyelewengan wang rakyat dilakukan sewenangnya tanpa ada sedikit pun perhatian dan tindakan oleh SPRM. SPRM dilihat seakan sedang tidur bersama DAP dan DAP sedang menggunakan semua peluang yang ada untuk memastikan keterlibatan mereka dalam Skandal MEGA DAP tidak diambil tindakan.
Skandal Tanah Taman Manggis kini skandal paling hangat sekali yang mana DAP seakan berseronok dan berpura-pura ketakutan dalam isu ini , wahal pada masa yang sama DAP sudah dapat menghidu bahawa sudah pastinya tiada tindakan yang akan diambil oleh SPRM.
Sejak dahulu lagi, sebagaimana yang telah diajarkan oleh PAP kepada DAP bagaimana menggunakan kekayaan negeri yang mereka takluki untuk kepentingan diri dan bukan untuk kepentingan rakyat. Golongan Chauvanis ni secara terangan sudah beranggapan bahawa negeri yang mereka perintah adalah milik mutlak mereka.
Sesiapa yang mengkaji sejarah perjuangan PAP akan tahu dan akan melihat bagaimana setiap kekayaan hasil negeri akan dimiliki untuk kepentingan keluarga beliau. Hal ini sama juga apa yang dilakukan oleh DAP sekarang.
Heboh di Media sosial sekarang pendedahan yang dibuat oleh “keyboard warrior” mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Lim Guan Eng dan isterinya. Seharusnya satu badan siasatan ditubuhkan untuk melakukan penyiasatan yang terperinci dari mana hasil kekayaan yang dimiliki oleh beliau.
Hakikatnya, penyelewengan yang dibuat oleh Lim sekeluarga terutama selepas mereka berjaya menguasai Pulau Pinang dan Selangor, tidak lagi dapat disorokan sekalipun mereka cuba berlakon seolah-olah mereka adalah pemimpin rakyat.
Dimanakah SPRM dimasa ini? Dimata rakyat SPRM sudah tidak ada intergriti untuk menjalankan tugasan untuk mendakwa pihak pembangkang, Sehingga kini tidak ada satu pun tindakan yang kita lihat dilakukan oleh SPRM terhadap kepimpinan DAP yang terlibat dalam skandal MEGA yang nyata.
Tetapi jika khabar angin terdapatnya penyelewengan dilakukan oleh kerajaan, sepantas kelajuan cahaya mereka menunjukkan betapa cekapnya mereka menjalankan tugas. Sehingga kini Skandal Mega DAP terus disenyapkan oleh SPRM tanpa tindakan pantas.
Rakyat disuruh menunggu dan terus menunggu sehingga isu ini selesai diantara mereka. Jika demikian nyatalah bahawa SPRM hanya wujud untuk menlindungi DAP dan pembangkang sahaja.
Jika dahulu Lim Guan Eng dianggap zuhud dan golongan yang amat membenci sikap bermewahan dan pembaziran. Namun sekarang dengan pendedahan yang dibuat di media social telah menunjukkan bahawa kemewahan luar biasa itu sedang dibongkar.
Untuk menutup isu kerakusan keluarga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang pelbagai serangan dilakukan oleh juak juak yang diupah untuk menutup pendedahan yang dibuat. Kejalangan yang dilakukan oleh keluargan Lim ini kian panas di pasaran untuk rakyat bertindak lebih jauh lagi menerusi sistem perundangan.
Apakah SPRM tidak mampu lagi melihat dan menyiasat kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Lim ini. Apakah SPRM akan melakukan siasatan terpilih sahaja. Untuk kumpulan berprofile tinggi SPRM dianggap agak takut untuk melakukannya.
Kehebatan juak juak mereka menyerang UMNO dari pelbagai sudut dengan isu isu fitnah dan pembohongan untuk rakyat melihat dan beralih kepada isu lain serta menutup kesalahan yang mereka lakukan. Mereka lebih aktif memperlekehkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan bantuan para tentera upahan sehingga akhirnya label yang mereka berikan itu, melekat kukuh serta dipercayai dan diterima ramai, termasuklah di kalangan orang Melayu-Bumiputera sendiri.
Oleh yang demikian seharusnya SPRM bertindak mengikut lunas lunas yang termaktub dalam perundangan negara. SPRM seharusnya tegas dalam menjalankan siasatan penyelewengan dan perompakan besar yang dilakukan oleh keluarga Lim di Pulau Pinang.
- PRU14.tv
Post a Comment