Header Ads

Siapakah Mahathir, Penyelamat Atau Pengkhianat



Setelah melalui beberapa episod panjang penentangan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam politik negara hari ini, ramai yang bertanya, adakah Tun M benar-benar mahu menyelamatkan negara atau hanya bertindak mengikut nafsu beliau demi mahu melihat hasrat dan keinginannya tercapai.
Sepanjang penentangan Tun M, bukan sedikit perkara yang jelas bertentangan dengan beliau akhirnya terdedah. Satu per satu kenyataan yang beliau sampaikan dibanyak majlis dan program perhimpunan terbukti fitnah dan dakyah kosong semata-mata. Lihat sahaja dakwaan beliau berhubung isu derma RM 2.6 bilion yang baru-baru ini disahkan sebagai derma oleh Menteri Luar Arab Saudi.

images (12)

Sebelum ini, beliau jelas memperlekehkan keluarga Di Raja Arab Saudi apabila mendakwa, hanya Arab gila sahaja yang mahu memberi derma sebanyak itu. Beliau dilihat semakin galak memperlekehkan banyak agensi yang menyiasat tentang perkara berkenaan seperti SPRM, PDRM, Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia apabila semua agensi ini mengesahkan tidak terdapat sebarang salah laku dalam urusan ini.
Akhirnya, semua tohmahan yang beliau lemparkan akhirnya terbukti palsu dan fitnah apabila Kerajaan Arab Saudi menerusi Menteri Luarnya mengesahkan, ia adalah sumbangan ikhlas kerajaan Arab Saudi kepada Datuk Seri Mohd Najib. Lebih melucukan, ada segelintir pentaksub mendesak Menteri Luar Arab Saudi bersumpah dihadapan Kaabah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya. Kegilaan apakah semua ini?
Isu membabitkan 1MDB juga tidak kurang hebatnya. Tun M dilihat mahu menjadi jaguh tua yang kononnya menghentam 1MDB kononnya agensi pelaburan berkenaan hanya digunakan oleh Datuk Seri Mohd Najib sebagai modal untuk beliau berlibur dengan duit rakyat. Malah lebih gila lagi, Tun M mendakwa, 1MDB sebenarnya hanyalah satu nama yang langsung tidak melakukan apa-apa.

download (7)

Setelah melalui pelbagai siasatan termasuk dari pelbagai agensi perauditan dalam dan luar negara sehingga Parlimen Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), semua hasil siasatan menunjukkan bahawa, tidak dapat sebarang penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung Perdana Menteri dalam urus tadbir 1MDB.
Memang benar, nama Datuk Seri Mohd Najib hanya muncul sekali dalam senarai penasihat syarikat berkenaan, namun beliau tidak mempunyai hak untuk mengambil apa-apa sumber kewangan didalam 1MDB. Hasil siasatan PAC terhadap 1MDB menunjukkan, hanya terdapat kesilapan pengurusan dalam membuat keputusan perniagaan yang menyebabkan operasi 1MDB mempunyai masalah.
Sekali lagi Tun M didapati menipu dalam hal ini. Jadi, timbul satu persoalan, apa yang sebenarnya Tun M cari? Adakah beliau benar-benar ikhlas mahu menyelamatkan negara atau hanya mahu merosakkan pentadbiran negara yang sedia ada hari ini?

images (14)

Jika dinilai dari semua tindak tanduk dan segala tohmahan yang beliau lemparkan, ia jelas menampakkan bahawa Tun M lebih berminat untuk menghancurkan kestabilan politik negara berbanding bertindak menasihati atau membetulkan apa yang salah didalam pentadbiran negara. Atau lebih mudah lagi disebut sebagai seorang pengkkhianat yang mahu menghancurkan sesuatu yang jelas baik.