DAH MASUK BULAN MEI, RAKYAT TANYA SPRM "APA KHABAR" MEREPUT KA!!!!

Sebelum ini SPRM sering memberi alasan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkap siasatan berhubung penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn.
Setiap kali SPRM digesa untuk menyegerakan siasatan berhubung kes penyelewengan Guan Eng, SPRM akan mengeluarkan kenyataan bahawa Guan Eng akan dipanggil dalam masa terdekat dan akan dipanggil dalam minggu ini.
Tapi itu semua satu helah SPRM untuk menyelamatkan Guan Eng... Berapa minggu sudah berlalu, Guan Eng masih tidak dipanggil-panggil untuk dirakamkan dan diambil keterangannya berhubung isu ini.
Yang paling best apabila SPRM dikecam orang ramai.... SPRM sampai terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Guan Eng akan dipanggil hujung bulan April ini.... Tapi macam biasa, itu semua alasan 'sampah' SPRM untuk menyelamatkan Guan Eng.
Hari ini, telah masuk 3 Mei 2016 dan bulan April sudah pun berlalu meninggalkan kita.... Adakah dengan pemergian bulan April, pihak SPRM telah memanggil Guan Eng untuk ke pejabat mereka bagi merakamkan dan mengambil keterangan??
Jawapanya sudah pasti Guan Eng belum dipanggil ke pejabat SPRM... Guan Eng dilihat sibuk berkempen di Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang kini sedang hangat berlangsung.
Dengan melihat tindakan Guan Eng yang masih bebas berkempen, walaupun terpalit dengan penyelewengan.... Integriti agensi suruhanjaya itu, boleh dikatakan tercalar apabila masih membebaskan 'pesalah' yang perlu dibawa kemuka pengadilan.
SPRM selaku sebuah agensi membanteras penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, perlu bertindak tegas dalam kes melibatkan Guan Eng ini... SPRM perlu segera memanggil Guan Eng bagi membolehkan Guan Eng diheret kemuka pengadilan sekiranya Guan Eng didapati bersalah.
PS: Kalau kes penyelewengan pegawai KBS hari tu, takde pulak SPRM bagi alasan sedemikian. Tau - tau, dah ada penangkapan dan pendakwaan je. Adakah SPRM ni mengamalkan dasar 'Double Standard'?
Post a Comment