DAP Terus Rakus, Mahu Rizab Tanah Melayu Bagan Nakhoda Omar Dihapuskan
DAP akan terus bertindak kejam dan zalim DAP demi mendapatkan tanah. Seperti yang berlaku di Pulau Pinang, tiada belas kasihan diberikan terhadap orang Melayu di sana, malah penghalauan dilakukan dengan paksaan.
Baru-baru ini ADUN Sekinchan telah mendesak agar status tanah rizab Melayu dihapuskan atau dihapuskan status tanah tersebut di mana tanah tersebut diduduki oleh orang Cina Bagan Nakhoda Omar.

Cadangan tersebut sekali gus agar status tanah diserahkan kepada masyarakat Cina yang dikatakan menduduki tanah tersebut sekian lamanya. Amat mudah sekali mereka menuntut apa yang mereka inginkan tanpa mempedulikan hak orang lain.
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim telah meminta Kerajaan Negeri Selangor menukarkan status tanah yang diduduki oleh orang Cina di Bagan Nakhoda Omar daripada Tanah Rizab Melayu dan warta tersebut dihapuskan.
Tidak cukup dengan itu, nama Bagan Nakhoda Omar pula diminta agar ditukarkan menjadi Bagan Nakhoda Chong. Bangsa Melayu seharusnya buka mata seluasnya dan melihat bagaimana dengan sedikit kuasa DAP terus menggunakan secara maksimum.
Di Sarawak DAP juga telah melabelkan Melayu sebagai peluru untuk menjahanamkan orang Melayu. Sewaktu kempen PRN Sarawak bagi mempromosikan calon DAP, Abdul Aziz Isa bagi DUN Batu Kitang, Dr Hew Kuan Yau dengan penuh angkuh dan perkauman jahatnya telah berkata”Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang supaya Aziz boleh skrew (JAHANAMKAN) puak Melayu sendiri. Skrew Melayu korupt sendiri. Skrew Pok Kai puak Melayu sendiri (BIAR ORANG MELAYU GAGAL),”
Masih kita tidak terbuka mata, kebanyakan Melayu yang menyokong DAP masa kini difahamkan sebagai Melayu yang telah dibeli , dan bukan atas dasar perjuangan. Kita boleh melihat DAP menggunakan sepenuhnya anak muda Melayu yang lemah dan ketagihkan jawatan dan wang ringgit untuk mengadaikan bangsa mereka sendiri.
Ng Suee Lim tidak lagi berselindung dengan sikap chauvinistnya. Beranggapan, Melayu di Sekinchan adalah golongan yang lemah kerana terlalu bertolak ansur, Ng Suee Lim memandang mudah dan mahu sejarah tempat tersebut ditukar dan ditipu.
Tanah Rizab Melayu sekaligus menjadikan Cina-Cina yang diwakili oleh Ng Suee Lim untuk perampasan tanah secara biadap dan kurang ajar itu, merupakan penduduk yang telah menduduki tanah rizab Melayu itu secara haram.
Mengapa pula mereka tidak dihalau dari tanah tersebut sedangkan pada masa yang sama, sudah pasti mereka yang tinggal di Bagan Nakhoda Omar itu tidak akan membenarkan sama sekali mana-mana Melayu tinggal di Tanah Rizab Melayu yang telah mereka cerobohi dan duduki secara haram itu.
Jika di tanah tersebut adalah bangsa Melayu, saya yakin dan percaya serta merta perobohan rumah akan dilakukan oleh DAP. Mereka akan menggunakannya untuk mencari kekayaan.
Malang bagi kita, kerana dengan kuasa yang ada kita masih lagi tidak mampu menjalankan bentuk tindakan sebagai pengajaran terhadap satu bangsa yang amat zalim dan kejam seperti DAP.
Terlalu banyak kenyataan-kenyataan rasis yang telah dikeluarkan oelh DAP dalam sidang DUN, tindakan mereka ini tidak dapat dicabar oleh mana-mana pihak disebabkan kekebalan mereka semasa mengeluarkan ucapan atau kenyataan.
Post a Comment