Header Ads

DAP BAKAL TENDANG PKR AKIBAT SIFAT BONGKAK DAN TAMAK DAP SEMAKIN TERSERLAH !!!!



Merujuk kepada laporan MalaysiaKini dan kenyataan Lim Kit Siang DAP yang pasti akan mendatangkan banyak persoalan dan persepsi, sama ada rakan atau lawan politik. 



Di antaranya :
Jika DAP menang di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Bawang Assan pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, maka parti itu mampu menawan Sarawak pada pilihan raya negeri itu lima tahun lagi. 
Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pertarungan untuk kerusi Bawang Assan kali ini adalah sangat signifikan kerana DUN tersebut bukan salah satu daripada 12 kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya 2011. 
"Jika DAP boleh menang di Bawang Assan pada 7 Mei ini, ia akan menjadi bukti yang kukuh bagi menunjukkan rakyat Sarawak bersedia dengan Rancangan DAP Sarawak untuk menawan kerajaan negeri itu pada pilihan raya negeri 2021.
Jika kita baca, kenyataan Lim Kit Siang ini seperti menidakkan parti-parti politik PKR dan Amanah di dalam Pakatan Pembangkang yang sedia ada. DAP dilihat mahu bersendirian 'menawan' Sarawak pada tahun 2021. 

Dalam masa yang sama, kita tidak terkejut dengan sikap DAP ini. Rakyat melabelkan PKR terutamanya parti Amanah sebagai budak suruhan dan kaldai parti chauvinis DAP sahaja. 

Dalam banyak kes, PKR tidak mampu untuk bersuara mempertahankan maruah mereka (jika masih ada) di depan parti DAP. Bukti-buktinya sudah ada dan terpampang di depan mata kita. 2 ADUN PKR yang dipecat jawatan GLC mereka oleh Guan Eng dan kerajaan DAP negeri adalah contohnya. PKR tidak mampu berbuat apa-apa dan pasrah tunduk sahaja di bawah kuasa DAP.

Setakat ini, tiada pemimpin PKR yang bersuara membantah kenyataan veteran tua DAP ini. What a shame!

Dalam masa yang sama, kenyataan Kit Siang ini seperti menyetujui pandangan kita selama ini iaitu DAP adalah parti rasis. Untuk rekod, DUN N53 Bawang Assan yang diidam-idamkan oleh DAP itu mempunyai 18,340 pengundi, dengan 55 peratus pengundi keturunan Cina, Iban (38.8 peratus), Melayu dan Melanau (5.3 peratus) dan kaum-kaum lain (0.8 peratus).  

DUN Bawang Assan pula terletak di dalam parlimen Sibu (P212) yang merupakan kubu kuat parti chauvinis DAP. Dalam pilihanraya Sarawak 2011, calon BN-SUPP, DS Wong Soon Koh menang dengan majoriti 1,808 undi dalam pertandingan satu-lawan-satu menewaskan Alice Lau Kiong Yieng (DAP).

DUN Pelawan (N 48) dan DUN Nangka (N 49) juga di dalam parlimen tersebut. Malah, DAP memenangi semua kerusi di kawasan bandar kerana kaum cina adalah yang majoriti di kawasan tersebut.

Malah, DAP mendapat pertambahan bilangan kerusi daripada hanya 6 kerusi  dalam pilihan raya Negeri tahun 2006 kepada meningkat sekali ganda iaitu menjadi 12 buah kerusi pada pilihan raya Negeri 2011. 




Begitu jelas menunjukkan bahawa kaum Cina di kawasan bandar telah menolak BN dan menyokong penuh parti DAP seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia.  Kerana itu DAP amat yakin dapat mempertahankan 12 DUN yang dimenangi pada pilihan raya yang lalu tetapi kali ini cuba untuk menyelinap masuk kaum Dayak dengan bertanding di beberapa kerusi yang didominasi kaum Dayak daripada kesemua 31 kerusi yang ditandingi DAP.

Alasan mereka mudah. Terdapat sedikit peningkatan di dalam sokongan kaum Dayak kepada Pakatan Pembangkang.

Peratusan sokong BN
Maka DAP menyimpan angan-angan yang peratusan kaum Dayak akan menyokong Pembangkang akan bertambah pada PRN kali ini. Dan mereka mungkin akan dapat 1 atau 2 kerusi. 

Kerana itu timbul persoalan, sejauh manakah jentera BN telah mengempur DUN - DUN yang dipertahankan dan diimpikan oleh parti chauvinis rasis ini?

Pengundi-pengundi ini perlu disedarkan tentang betapa teruk dan tidak efisennya kerajaan DAP negeri Pulau Pinang.




Tanpa disedari orang ramai, pembersihan hutan secara besar-besaran dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini di cerun bukit berhampiran kawasan empangan di negeri yang ditadbir oleh DAP. Tindakan itu dilakukan tanpa pengetahuan pihak berkuasa!

Klik sini : http://mypenangonline.blogspot.my/2016/05/kerajaan-dap-tidur-lagi-bukit.html

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP pula berdepan dengan krisis integriti, persoalan tentang salahguna kuasa dan rasuah yang sangat memalukan. Parti DAP itu juga terpalik dengan skandal rasuah yang sangat teruk dan tidak demokratik langsung.



DAP & RASUAH Tidak dapat Dipisahkan
Walau apa pun, Admin percaya ramai penganalisis politik juga tertarik dengan sikap pengundi kaum Cina di negeri Sarawak ini. 

Pengundi-pengundi Cina tahu parti DAP tidak mungkin akan mampu membangunkan kawasan mereka seperti yang dilaksanakan oleh parti BN. Mereka juga tahu bahawa ahli parlimen dan ADUN DAP tidak ada apa-apa sumbangan yang signifikan untuk mereka. 

Tetapi, apakah pengundi-pengundi Cina mahu terus bersekongkol dengan parti yang amat teruk dari segi rasuah dan tidak demokratik ini serta menyokong pemimpin DAP yang bergemulang dengan skandal seperti Guan Eng?