Header Ads

KUASA "3M" BAKAL BERKUBUR SETELAH UMNO BERTINDAK TEPAT PADA MASANYA.


Dalam apa juga peperangan, setiap pihak yang ambil bahagian mempunyai strategi tersendiri. Merancang, menyusun dan melaksanakan. Namun bagi yang gagal merancang maka natijahnya mereka akan kalah dalam peperangan.

Peperangan terbuka antara dua pihak yang sememangnya bermusuh tidak sesukar sebagaimana mengurus peperangan dalaman yang akhirnya akan menghancurkan diri sendiri. Bertindak mengikut arahan dan bertindak bukan dengan akal nafsu. Penelitian yang bijak dari kepimpinan akan menghasilkan keputusan yang baik.


Di sinilah kealpaan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz serta kumpulan yang cuba bertenggek menumpang kononnya 'kepopularitian' mereka bertiga, 3M.

Lupa asas peperangan politik. Angka, itulah yang akan menentukan anda menang atau kalah. 'Politics is the game of numbers' dan inilah yang menyebabkan kumpulan 3M ini gagal dalam setiap langkah yang mereka susun untuk menghancurkan UMNO BN.

Betapa malunya apabila Mahathir sebagai ketua kumpulan 3M akhirnya telah menunjukkan siapakah dirinya yang sebenar. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO BN, ini sahajakah yang mampu Mahathir lakukan dalam peperangan politik?


Hasilnya, timbul pertanyaan. Selama 22 tahun siapakah sebenarnya yang berjaya membentuk kekuatan UMNO BN? Beliau secara bersendiriankah atau beliau bersama anak pinaknyakah atau beliau bersama UMNO Bahagian Muhyiddinkah atau siapa?

Betulkah kebergantungan Mahathir kepada anaknya, Mukhriz satu tindakan yang wajar? Di mana Mukhriz ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO BN? Berpampers atau masih ligat enjoy di Amerika sebagai pelajar tanggungan MARA dengan gred 2 SPM? 

Bagaimana pula dengan kebergantungan Mahathir kepada Muhyiddin? Apabila kekalutan tindakan Mahathir menyerang PM Najib maka barulah rakyat Malaysia tahu, Muhyiddin rupanya 'rapat' dengan taikun maha kaya seperti YTL (dalam projek bistarinet) dan tokey Berjaya Grup, Vincent Tan (apakah beliau barua mahathir dalam penyaluran projek?) Muhyiddin hanya menyerlah ketika mendesak Pak Lah turun dari jawatan PM sahaja dan akhirnya rakyat Malaysia sedar, fungsi Muhyiddin hanya tukang mendesak dan tidak lebih dari itu.

Paling malang, 3M ini terlupa bagaimana dan siapa PM Najib yang diasuh dalam perjalanan kepimpinan UMNO BN. Betullah kata orang tua:
Biar lambat asalkan selamat
Orang tamak sentiasa rugi
Dan akhirnya PM Najib membuktikan betapa setiap keputusan yang beliau buat adalah keputusan yang kolektif, secara berjemaah dan menghormati suara majoriti jemaah dan bukannya menggunakan prerogatif seorang ketua walaupun beliau secara sah boleh bertindak sedemikian.

Rakyat menilai, setiap langkah keputusan PM Najib berasaskan keputusan bersama, bukti kerjasama berkumpulan di dalam UMNO BN inilah yang Mahathir lupa. 22 tahun beliau bukan seorang diri menjayakan perjuangan UMNO BN tetapi kebersamaan yang membuat UMNO BN mampu bertahan sehingga saat ini. Sehinggakan Mahathir dan anak pinaknya merasai hasil kejayaan UMNO BN.

Bayangkan selama beberapa waktu ini Mahathir menyerang PM Najib dengan bersandarkan jenama "Demi agama, bangsa dan negara", "Demi Rakyat" dan akhirnya "Selamatkan Malaysia". Siapakah penasihat dan kumpulan yang bersamanya? 3M lupa, betulkah formula kejayaan sekiranya kita meminta nasihat dan bantuan kumpulan yang tidak pernah menang bertempur?


Akhirnya Mahathir memang terbukti seorang pelupa yang kronik, sebagai seorang komandan yang berani dan bijak, PM Najib mulakan langkah yang amat berani. 

Sepatutnya Mahathir dapat membaca bagaimana PM Najib tidak melutut dan merayu apabila beliau keluar UMNO. 

Langkah PM Najib menggantikan Mukhriz sebagai kononnya MB Kedah yang popular juga Mahathir gagal membaca betapa 'smooth n smart' keputusan yang PM Najib buat. Dan penggantungan Muhyiddin dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan sebelum itu menggantikan beliau dengan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri juga Mahathir tidak mampu berfikir betapa PM Najib telah mulakan langkah untuk hancurkan kumpulan dalaman yang merosakkan UMNO BN.


Keputusan UMNO semalam adalah kemuncak penamatan untuk membersihkan UMNO BN dari parasit yang cuba mengganggu gugat UMNO BN dari dalam. Malah itu juga isyarat yang jelas kepada parasit 3M yang masih ada di dalam UMNO BN bahawa PM Najib tidak gentar untuk membersihkan saki baki virus dalaman parti.

Bukan satu tindakan yang mudah. PM Najib dan UMNO BN membuktikan bahawa setiap tindakan sudah ada timbangtara. 



3M pasti lupa, Hang Tuah dan Hang Jebat berguru dengan guru yang sama namun akhirnya dalam pertempuran, kenapa Hang Jebat terkorban?