Header Ads

PRK P.093 SUNGAI BESAR : Pembangkang Terdesak Guna Cara Kempen Provokatif



SUNGAI BESAR – Pakatan pembangkang sudah terdesak untuk meraih undi sehingga sanggup  menggunakan cara kempen provokatif yang menimbulkan kemarahan kaum lain terhadap Barisan Nasional (BN).
Setiusaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, provokasi berbaur fitnah perkauman adalah strategi pihak lawan sebagai senjata untuk melemahkan jentera BN.
“Ini adalah strategi terdesak mereka. Mereka menggunakan strategi begitu untuk menimbulkan kemarahan orang Cina. Setelah mereka buntu, mereka terdesak maka strategi menggunakan sentimen perkauman digunakan,” katanya, hari iini.
Menurutnya, kempen provokasi menggunakan banner yang sengaja menyinggung perasaan kaum lain disifatkan sebagai perbuatan melampau dan boleh mengundang rusuhan.
“Tak masuk akal dan tak logik kita nak bercakap menghina kaum Cina macam tu. Ini adalah usaha menanam kebencian kepada BN, ” katanya lagi.
Justeru itu, beliau berharap jentera BN terus menumpukan kerja yang telah dirancang dan berdisiplin ketika berkempen.
“Jentera kita telah dinasihatkan sentiasa berhemah dan berdisiplin ketika berkempen. Jangan buat hal dan hormatilah bulan Ramadan.
“Teruskan fokus bekerja, dan setelah apa yg kita rancang ni, saya yakin majoriti kemenangan 399 dulu akan meningkat,” katanya lagi
Beliau berkata, fokus BN adalah memperkasakan jentera bagi mencari dan menemui pengundi untuk memperkenalkan calon.
“Jentera harus terus mencari dan bertemu dengan pengundi untuk perbetulkan kembali apa yang telah kita janjikan.
“Kita juga akan lakukan penambahbaikan jentera melalui mesyuarat pada setiap malam supaya gerak kerjanya lebih efektif,” katanya.
Johan berkata, BN mempunyai cara tersendiri untuk mendekatkan diri dengan pengundi sepanjang Ramadan ini.
“Kita cenderung bertemu dengan pengundi dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan calon dan duduk berbincang mengenai masalah mereka.
“Saya rasa pendekatan ini adalah lebih baik daripada kita sibuk berceramah dan menghentam parti lawan dalam Ramadan yang mulia ini,” katanya.