Header Ads

Mahathir Raja Persepsi Nak Tutup Aib Sendiri



Mahathir patut berhenti jadi raja persepsi negara memandangkan usianya di pintu kubur malah semasa 22 tahun memimpin negara ini rekodnya teruk dan di ingati semua rakyat.

Pembinaan bangunan Merdeka PNB118 diatas tanah seluas 19 ekar lebih rendah kosnya daripada kos menara berkembar Petronas yang pernah menduduki rekod bangunan tertinggi dunia tahun 1998 hingga 2004.

Semasa menara berkembar Petronas dibina kos sara hidup rakyat tidak tinggi malah harga barang-barang keperluan juga tidak seperti sekarang.

Mengapa pula kos pembinaan manara berkembar itu berkali ganda mahalnya dengan kos pembinaan bangunan pencakar langit 118 tingkat diatas tanah seluar 19 ekar(7.689 hektar) yang dijangka siap 2024.

Pembinaan menara berkembar Petronas mengambil masa 7 tahun untuk disiapkan.sedangkan tahun itu kos sara hidup rakyat  juga masih murah.Mengapa kos pembinaan menara berkembar Petronas 88 tingkat lebih mahal daripada menara MERDEKA PNB118  setinggi 118 tingkat yang dibina pada saat rakyat merunggut barang keperluan mahal lebih rendah kosnya?

Pada awal-awal lagi rakyat tahu saham petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc 99% dan Menteri Kewangan 1%.

Jadi tidak hairanlah ramai yang datang mengadu pada Anwar Ibrahim berkaitan kos pembinaan menara berkembar Petronas yang dinilai terlalu mahal ketika beliau sebagai Menteri Kewangan  dan TPM.

Anwar memberi jawapanlebih kurang begini,'Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.

Untuk menutup keburukan,Segala arahan berkaitan dengan urusan pembinaan menara berkembar Mahathir keluarkan secara lisan.

Fikir fikir lah.