#RUU 355 :DAP Terbelit-belit,PKR Menggelabah Tersepit,PAN Binok Cucuk Hidung... PPBM?
Selain pembentangan Bajet 2017 pada sidang Dewan Rakyat yang bermula Isnin depan, perkara lain dijangka menjadi tumpuan adalah pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
RUU Persendirian itu dibawa Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS pada persidangan lalu namun tidak sempat dibahaskan.
Usul berkenaan kini tersenarai dalam perkara keempat Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bakal mula bersidang pada 17 Oktober depan.
Tumpuan pasti kepada ahli-ahli parlimen Melayu Islam sama ada akan menyokong RUU berkenaan.
Bagi komponen Barisan Nasional (BN) keputusan berhubung perkara itu sudah dibuat.
Bukan rahsia bahawa RUU itu mendapatkan bantahan komponen BN terutama MCA dan MIC.
Bagaimanapun Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri mengesahkan perkara berkaitan RUU 355 itu dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN bulan lalu tetapi merahsia perbincangan mengenainya.
Namun, paling ingin diketahui adalah sama ada PKR yang masih menjalin kerjasama dengan PAS di Selangor akan menyokong RUU berkenaan.
Setakat ini, kepimpinan PKR masih belum membuat keputusan sama ada parti itu akan menyokong atau menolak undang-undang itu
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR akan mengadakan mesyuarat pada 17 Oktober depan untuk berbincang berkenaan isu tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang jaminan sama ada keputusan mampu dicapai pada 17 Oktober ataupun tidak.
Selain UMNO, PKR juga mempunyai bilangan ahli parlimen Melayu Islam yang ramai dan dengan sokongan mereka, RUU yang dibawa Presiden PAS itu mungkin diluluskan.
Menariknya, PAS sedang membuka mata seluas-luasnya untuk melihat kesetiaan PKR bersama-sama mereka jika parti itu mahu sokongan PAS pada PRU 14.
Keengganan PKR menyokong RUU itu tidak mustahil akan membawa kepada putusnya kerjasama parti itu dengan PAS.
Dalam pada itu, DAP terus bimbang apabila kertas aturan mesyuarat Dewan Rakyat bagi sesi 17 Oktober 2016 hingga 24 November 2016 menunjukkan RUU tersebut menjadi perkara keempat dalam senarai.
Penasihat DAP yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang terkejut dengan perkara itu tidak menolak kemungkinan RUU Hadi akan diperdebat dan diundi sama ada pada Selasa, malah pada hari Isnin.
“Ini tidak boleh ditolak,” kata Lim dalam kenyataan, hari ini.
Kit Siang turut mempersoalkan jika parti-parti komponen BN telah dapat membuat penegasan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi BN mengenai akibat jika UMNO secara bersendirian dan sewenang-wenangnya menyokong RUU Hadi.
Apa pun, beliau patut lebih takut sekiranya PKR dan juga ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) turut sama menyokong RUU itu.
Post a Comment