Akta SOSMA Untuk Siasatan… ISA Dulu Duduklah Diam-diam Tak Boleh Buat Apa - Tajuddin

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata rakyat harus faham bahawa apa itu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 kerana akta ini tidak terhad kepada kegiatan keganasan sahaja sebaliknya ia bagi memudahkan penyiasatan dan pendakwaan kesalahan keselamatan yang dilakukan.
“Semua pihak harus faham akta ini dan jangan mudah terpedaya dengan puter belit pembangkang yang hanya mahu mengelirukan rakyat.
“Akta ini juga memberi ruang untuk tahanan mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam. Kalau ISA dulu, duduklah diam-diam dalam tahanan… Apapun tak boleh nak buat,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Justeru tegasnya pelbagai dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang berkaitan penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta SOSMA hanyalah satu provokasi politik memburukkan imej pihak berkuasa dan juga kerajaan Barisan Nasional (BN).
Jelas beliau lagi, provokasi ini dibuat juga kerana ia membabitkan proksi mereka namun sekiranya ia melibatkan individu yang pro kerajaan, sudah pasti penahanan tersebut akan disokong sepenuhnya.
“Ini semua provokasi politik. Mereka hanya mahu merosakkan imej polis. Nanti kalau pihak berkuasa tidak tahan, tuduh polis tak buat kerja… tapi kalau kena kepada pihak mereka, meroyan tak menentu..
“Biarlah pihak berkuasa buat kerja mereka. Maria ditahan untuk tujuan siasatan sebab dia yang jadi penganjur utama maka sudah pasti banyak perkara yang hendak disiasat. Kenapa hendak pertikaikan?
“Saya dulu disiasat bawah Akta ISA sampai 60 hari. Saya tak bisingpun.. Sekarang bawah SOSMA maksimum 28 hari sahaja,” ujarnya.
Tambah beliau, pembangkang sebenarnya bertujuan mewujudkan rasa benci dihati rakyat kononnya kerajaan telah salah guna kuasa.
Post a Comment