Header Ads

Ekonomi Negara Taraf A Mustahil Akan Muflis – Najib

Image result for najib di PAU2016


KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menyelar pembangkang sebagai golongan yang memesongkan fakta dengan mendakwa Malaysia bakal muflis dalam sedikit masa lagi berikutan hutang dan keadaan ekonomi negara hari ini.
Menurutnya adalah mustahil untuk Malaysia dianggap sebagai negara bakal muflis apabila agensi penarafan antarabangsa memberi taraf A untuk ekonomi negara.
Berucap ketika merasmikan Persidangan Tahunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Mohd Najib menganggap dakwaan tersebut hanya agenda politik bukannya realiti sebenar.
“Segelintir pihak pembangkang yang sengaja buat-buat tak faham tentang kedudukan sesebuah negara yang dianggap muflis sedangkan penarafan yang dibuat tidak oleh pihak yang sebarangan seperti Majlis Presiden Pakatan Harapan atau DAP, atau PKR, atau Mat Sabu.
“Sebaliknya rating atau penarafan rekod kejayaan negara, telah dipersahihkan oleh badan dan serta agensi antarabangsa yang teriktiraf akan kewibawaannya di serata dunia,” tegasnya.
“Sebagaimana saya menjawab soalan kepada para wartawan, selepas mesyuarat APEC di Peru baru-baru ini, penarafan terkini Malaysia, berada dalam Rating kumpulan A dan itulah hakikatnya”, ujarnya.