Mahathir Semakin Hilang Daya Berfikir Secara Logik Akibat Kemaruk Kuasa
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa terdapat 700 ribu warga asing akan diberi kerakyatan di Johor adalah salah satu strategi untuk memburukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selain cuba menakutkan rakyat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, apakah Dr Mahathir sudah terdesak sehingga melontarkan tuduhan tanpa membuat kira-kira berasaskan fakta.
“Kalau kita menggunakan logik akal, 700 ribu bukan angka yang kecil, bukan mudah untuk buat kerja ini seperti yang didakwa mantan Perdana Menteri itu, lagi pula di mana mahu sumbat 700 ribu warga asing ini?“Jumlah penduduk Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja, jadi bagaimana 700 ribu warga asing ini mahu tinggal dalam negeri itu?” soalnya.
Malah pertambahan penduduk di Johor akan berlaku secara mendadak dan pastinya ia dapat dikesan, katanya lagi.Sebelum ini Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menjelaskan secara objektif bersandarkan kepada fakta.“Semuanya sudah jelas dan tidak perlu lagi untuk saya membuat kira-kira menjelaskan sekali lagi pada Dr Mahathir,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Tegas beliau, amat mengecewakan apabila seorang bekas Perdana Menteri bercakap mengikut nafsu amarah mahupun dendam dengan memanipulasi angka bagi menakutkan rakyat dan tidak berpegang sama sekali kepada fakta.Tegas beliau, adalah tidak layak bagi seorang yang dianggap negarawan untuk mengeluarkan kenyataan tanpa asas.
“Lupakah Dr Mahathir bagaimana projek mega pelaksanaannya seperti KLCC dan Putrajaya suatu waktu dahulu yang dianggap satu pembaziran.“Apabila hal tersebut dijadikan isu, beliau boleh pula menjawab secara objektif dan berfakta tetapi kenapa prinsip berkenaan sudah hilang hari ini?”
Ujarnya, kenyataan tidak berasas Dr Mahathir ini hanya membuka ruang kepada media barat untuk melebarkan persepsi buruk terhadap negara.“Apakah Dr Mahathir sudah tidak pedulikan lagi perkara itu sedangkan beliau cukup anti media asing sewaktu pentadbirannya.
“Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh bertelagah dalam hal politik, namun biarlah bersandarkan fakta. Bercakaplah benar walaupun pahit.Dr Mahathir hendak berkawan dengan Dap, hendak peluk Lim Kit Siang pun tak kisah, tetapi jangan sampai mengikut perangai parti chauvinis itu,” tambahnya lagi.
Post a Comment