Header Ads

MP Alor Star Wujud Ke Tidak ... Kejap Timbul Kejap Tenggelam!!!!


Imej yang berkaitan

Isu Lampu Limpah di Stadium Darul aman. ( lu tanya gua jawab)

1. MP Aloq Staq ada bangkitkan isu lampu limpah yang di Stadium Darul Aman yang dikatakan diberi tempoh sehingga 26 Mac 2017 yakni 3 minggu tarikh dari waktu last FMLP.mai check.

2. Untuk makluman, lampu limpah dan pencahayaan di Stadium Darul Aman kualitinya lebih baik berbanding Stadium MPS dan Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk game waktu malam.

3. Sehingga kini sudah beberapa game di venue Darul aman waktu malam dan tidak wujud masalah berbangkit.

4. Kita faham bahawa tujuan FMLP mengesyorkan agar lampu limpah mencapai tahap cahaya tertentu adalah untuk membolehkan apabila live telecast di TV gambaq lebih kualiti. Sebelum ini memang ada live TV melibatkan game di Darul aman dan kualiti gambarnya ditahap yg terbaik.

5. Syor FMLP ini barangkali untuk bolehkan apabila live telecast melibatkan Kedah di Darul aman bila dipancarkan di TV penonton seolah olah sedang saksikan game di Nou Camp dan Old Trafford ( agak sayalah).

6. Harus difahami kerja perolehan, buka tender termasuk jika mahu baiki kesemua lampu limpah dan kabel wayar yang dah lama berkarat itu dengan libatkan nilai peruntukkan lebih 500k perlu melalui prosestender. Dia bukan boleh bagi Awang Karan pi tukaq lampu tu sambil panjat tangga dengan balt lampu boleh dok pi beli di market kampung berjaya.

7. Isunya juga stadium Darul aman ni dah usia menghampiri 50 tahun dah. Memang sudah dikemukakan oleh Perbadanan stadium kerja naik taraf dan inovasi yang perlu termasuk penukaran score board kepada LED board, juga sound system yang baru. Yang ni pun bukan boleh pi beli di pasar karat Kg Berjaya atau di mydin.

8. Dan benda ini bukan sekupang dua harganya selain keutamaan negeri kena juga ditumpukan kepada agihan peruntukkan yg lain.

9. Realitinya stadium Darul Aman untuk game akan datang akan terus boleh digunakan bagi game sebelah malam dan kita nak nasihatkan MP PKR yang wakili Parlimen Aloq Staq carilah isu lain.

10. Hangpa tengok bola tengah dok naik kacau bab bola. Buat apa pun semua tak kena pada hangpa.. Boleh maki ka tak tau..??