Negarawan Yang Tersongsang Diakhir Usia..
Tidak cukup dengan itu individu tertentu akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk diletakkan kesalahan dan sering kali individu itu akan cuba dijejaskan sama ada dari segi reputasi mahupun imej kendiri.
Dalam isu terbaru berkaitan Tun M , beliau secara jelas cuba mendapatkan simpati rakyat apabila menggunakan perkataan RAMPAS sedang hakikatnya Tun M sendirilah yang bertanggungjawab terhadap keputusan untuk menghentikan semua bantuan berupa kewangan mahupun harta terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana.
Apakah keputusan pucuk pimpinan kerajaan itu bersifat dendam politik atau atas dasar serang balas kesan daripada tindakan dan gerakan melampau Tun dalam Deklarasi Rakyat ?
Tidak dan jauh menyimpang daripada apa yang sedang cuba dimomokkan kepada umum hari ini !
Jika benarlah kerajaan mahu mengambil tindakan dan sengaja mencari ruang untuk melenyapkan keupayaan Tun M dalam gerakannya bersama pembangkang , ianya hampir pasti telah lama berlaku.
Namun apa jua keputusan yang telah dibuat , ianya hanya berlaku setelah Tun M bersuara dan menjelajah ke seluruh pelusuk negara.
Betapa ruang dan peluang yang selama ini telah diberikan kepada beliau langsung tidak dihargai.Malah kehadirannya bersama-sama dengan pembangkang sama ada di pentas Deklarasi Rakyat mahupun kempen pembangkang di 2 PRK baru-baru ini tidak pernah disekat.
Apakah ini bermaksud kerajaan begitu zalim terhadap Tun M ?
Rasionalnya keputusan untuk menghentikan semua bentuk bantuan terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana adalah disebabkan sikap Tun M sendiri.
Malahan desakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Naib Ketuanya saudara Khairul Azwan Harun hanya dibuat setelah Tun M dilihat telah menyalahkan gunakan kedudukannya di Yayasan Kepimpinan Perdana dan menjadikan Yayasan tersebut sebagai medium untuk merancang gerakan menggulingkan Perdana Menteri yang secara tidak langsung menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui mandat paling telus di saluran pilihanraya umum.
Melabel dan membuat tuduhan kononnya generasi pelapis (Khairul Azwan Harun) sebagai individu yang punya sikap "Corruption Of Power" sebenarnya memperlihatkan betapa terdesaknya Tun M hari ini.
Tahukah Tun M tuduhan pengamal rasuah sedemikian turut mengheret semua institusi Pemuda UMNO di seluruh negara dan hari ini secara tidak langsung Tun M telah mencemar maruah pemuda UMNO sebagai yang paling lekeh dan dipenuhi dengan gejala rasuah.
Begitu mudah beliau melabel pihak-pihak lain dengan ungkapan-ungkapan tidak enak seolah-olah Tun M punya sejarah politik yang terlalu suci dibandingkan dengan orang lain.
Usahlah menegakkan benang yang basah , tidak akan ada mana-mana pihak sekalipun yang boleh mengekalkan bantuan serupa kepada mereka yang secara terang-terangan menyerang kembali pihak yang menyediakan bantuan.
Apakah benar Tun M sanggup menerima bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO dan dipimpin oleh Najib Razak kemudian menggunakannya kembali untuk menyerang kerajaan , parti dan pemimpin yang sama ?
Dan kalau kita lihat kenyataan Tun M di blognya pada perenggan ke 4 ...
4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.
Tun M mengaku betapa penubuhan Yayasan Kepimpinan Perdana dan segala macam bantuan yang disalurkan kepada beliau oleh kerajaan selama ini melalui Yayasan terbabit adalah RASUAH !
Lihatlah bagaimana kelirunya Tun M hari ini , semua kemudahan dan segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan selama ini terhadap beliau dan Yayasan dibuat semata-mata kerana PENGHARGAAN diatas JASA dan KHIDMAT BAKTInya kepada negara dan rakyat.
Tidak ada siapa yang merampas apa-apa daripada Tun M !
Apakah Tun M sudah hilang harga diri ?
Post a Comment