YB Mahfuz Bean Buktikan dia MP Pokok Sena Gila Glamour.
1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Mahfuz kerana setelah 4 setengah tahun makan gaji buta tiba tiba 10 April lalu baru kalut nak berjuang soal penduduk.Kg. padang Tembak, Bukit Pinang.
2. Saya rasa bangga kerana dengan tiba tiba menerusi aksi beruk, badut dan juga Bean YB Mahfuz sekali lagi jadi berita siaran akhbar.
3. Saya juga tak sangka yang YB Mahfuz boleh pusing peranan 360 darjah. Bukankah isu penduduk Kg Padang Tembak selama ini YB Haji Romaini yang uruskan selain turut dikelolakan perbincangan oleh PKB dan UMNO Bahagian.
4. Saya hairan bagaimana selaku YB Ahli Parlimen Pokol Sena Mahfuz tidak jelas duduk ceritanya bahawa penduduk telahpun dimuktamadkan keputusannya untuk menerima sebidang tanah, sebuah rumah percuma dan wang tunai pampasan.
5. Saya geli telinga perangai Mahfuz lagak penjual ubat dan wayang opera Cina yang mai meluru nak serah memorandum yang sebelum ini tak dipedulipun olehnya.
6. Saya tak terkejut kerana ini antara talian hayat terakhirnya dalam pesada politik setelah PAS pinggirkannya. Nak serta PAN malu malu kucing. Mahu sertai Parti Bunga takut dikata maka dedak Mukhriz dan Tun Mahathir. Puncanya kerana Mahfuz antara yang kuat mengata Mukhriz dan Mahathir dulunya dengan gelaran Mat Bluur dan Mahafiraun.
7. Terima kasih YB Mahfuz..saya ingatkan YB sudah hilang entah kemana..Sebab selama 4 tahun setengah saya mencari Pusat Khidmat MP Pokk Sena untuk dapatkan bantuan kerusi roda ibu saya yang sakit tapi gagal berjumpa dengan YB.
8. Barangkali YB sibuk menjadi badut sarkas di Parlimen dan apabila sudah hilang popular di Parlimen cuba pula menunjuk hero di sidang DUN Kedah.
9. Saya amat sedih kerana selaku antara yang mengundi YB Mahfuz dalam PRU 1999, 2008 dan 2013 sampai kini secawan kopi belum.permah dapat minum dengan YB.
10. Ramai kawan rakan saya dan lebih 80 ribu pengundi di Parlimen Pokok Sena juga tercari cari YB.
11. Masih ingatkah YB berjanji dengan satu keluarga di Derang untuk baiki rumah depa yang usung..Sampai kini terbiar dan tuan rumah pula telah meninggal.
12. Saya juga masih terkenang bagaimana di satu bulan puasa yang mulia 2 atau 3 tahun lalu YB ada janjikan pada sekumpulan penduduk di kawasan Derga dan di satu majlis di Sg Mati untuk sumbangan raya..Namun sudah masuk edisi Raya tahun ke 4 dan 5 dari tarikh janji tersebut Yb buat buat lupa.
13. Saya juga pernah tengok YB kononya pura pura melawat mangsa banjir kilat di satu taman perumahan di Jalan Langgar. Bila penduduk nak serah surat permohonan pada YB, YB kata saya tak dak kuasa. Padahal time tu parti YB perintah Kedah.
14. Senang cakap YB, berentilah jadi MP. YB bukan sahaja malukan kami selaku orang Pokok Sena sebab kemana saja kami pi kami akan dicop pelawak Bean sepertimana YB.
15. Saya juga nak pesan, dah diujung usia ni YB berentilah buat perangai badut, perasan hero dan jadi pelawak jemputan. Malu kat anak cucu dan jatuhkan standard orang Kedah di serata Malaya. Insaflah dan rajin rajinlah ke masjid itupun kalau YB solat cara mana mahzab Shafie solat. Sebab ada yang kata YB ni pengikut fahaman syiah Imam 12. Tak tau betoi atau tidak?. Saya bukan menuduh hanya nak minta pengesahan sahaja.
YANG BERHARAP
Pengundi Parlimen Pokok Sena
Pekan Bukit Pinang
14 April 2017
Post a Comment