Header Ads

DAP Perlu Patuh Arahan ROS Berkaitan Pemilihan CEC!!!


Adakah DAP telus didalam pemilihan semula CEC yang sudah berlarutan selama 5 tahun dapat diselesaikan atau hanya sekadar melepas batuk ditangga saja.. kerana Dinasti Lim yang mengusai keseluruhan Parti DAP. Bertelor kah Lim Kit Siang dan lim Guan Eng berdepan dengan pemilihan semula CEC Parti DAP...

Kepemimpinan DAP perlu memberikan kebebasan kepada Syarikat Grant Thornton yang dilantik bagi menjalankan tugas memantau perjalanan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti yang dipersetujui oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Tan Tuan Tat berkata saranan itu bertujuan melancarkan pemilihan yang dijangka berlangsung November depan.

Justeru, beliau berkata pemilihan semula juga perlu memenuhi beberapa perkara utama.

“Grant Thornton hendaklah memastikan hanya calon CEC dari senarai perwakilan yang sah berjumlah 2,756 digunakan untuk pemilihan CEC 2012, dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemilihan semula, termasuk ahli-ahli yang dipecat selepas pemilihan CEC 2012

“Selain itu RoS perlu memastikan 120 cawangan yang tidak sah yang turut terbabit dalam pemilihan pada 2012 ditolak penyertaannya,” katanya di Kajang hari ini.

Ketika ditanya berkenaan pendiriannya yang masih memberikan pandangan dan kritikan terhadap DAP meskipun sudah tidak bersama parti itu, Tuan Tat mendakwa masih mempunyai ‘hubungan’ dengan bekas partinya.

Tambahnya sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah kepimpinan tertinggi dalam bekas partinya agar keyakinan awam terhadap parti itu dapat dikembalikan.

Jika selama ini DAP sering menuduh UMNO dan BN pelbagai kata tuduhan sekarang DAP pula kena telan semua apa yang DAP selalu perkatakan.. Selamat Tinggal DAP sebelum PRU14 sudah terbungkos akibat dari Dinasty Lim punya angkara.. hihi.. #DAPPartiCauvinist

No comments