Header Ads

Beranikah Kit Siang Saran Mahathir Dan Anak Beranak Istihar Harta


Image result for LIM KIT SIANG DAN ANAK2 NYA

Beranikah  Lim Kit Siang minta Pengerusi Pakatan Harapan Mahathir Mohamad mengisytiharkan hartanya serta harta anak-anak beliau. Jika sebelum ini Lim Kit Siang saban hari saban tahun menyalak mengata apa saja tentang Mahathir... kenapa pula sekarang Lim Kit Siang seperti heilang telor untuk berbuat sedemikian.. kita hendak tahu juga lah..

Ini kerana hanya cakap Kit Siang kini didengar Mahathir kerana mereka bersama-sama dalam satu gabungan pembangkang.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwannddin Hamzah berkata, Mahathir mengalami sindrom ‘berdiam diri’ setiap kali menerima desakan supaya mengisytiharkan kekayaan dimiliki beliau dan anak-anaknya.

Beliau cuba lari daripada menjawab desakan itu walaupun datangnya daripada sayap pemuda parti sendiri, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah lama mendesak beliau dedahkan kekayaan dimiliki termasuk anak-anaknya sejak meninggalkan jawatan Perdana Menteri.

Namun desakan itu tidak diperdulikan oleh bekas Perdana Menteri yang kini Pengerusi PPBM.

Mahathir sebelum suka menuduh orang lain dengan mendakwa orang terlibat rasuah termasuklah kekayaan anak-anak pemimpin.

Bagaimanapun apabila desakan itu diajukan kepada beliau termasuk daripada Armada sendiri, tiada penjelasan diberikan," katanya dipetik sebuah akhbar arus perdana.

Baru-baru ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyatakan Mahathir tidak perlu menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) untuk mengisytiharkan harta beliau kepada umum.

Nazri memberitahu, anak-anak Mahathir juga perlu mengisytiharkan harta mereka kerana rakyat ingin tahu kekayaan luar biasa bekas pemimpin negara itu dan keluarganya selepas tidak lagi mentadbir negara.

Mahahir pula memberitahu satu sidang akhbar beliau tidak tahu sama ada dirinya akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ya. Saya boleh isytiharkan harta saya tetapi saya tak tahu sama ada saya akan jadi calon atau tidak? Kamu (wartawan) mahu saya jadi calon?"soalnya semasa sidang akhbar di parlimen minggu lepas.

No comments