Jentera Maya UMNO Wira Barisan Hadapan Jawab Fitnah Pembangkang Di Media Sosial - Zahid
YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jentera maya UMNO perlu lebih menonjol berbanding jentera maya pembangkang agar rakyat di negara ini dapat merasa keberadaan jentera maya UMNO dalam usaha untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang melalui media sosial di negara ini.
Menurut beliau, pihak pembangkang menggunakan media sosial sebagai medan untuk melakukan tohmahan, fitnah serta pembunuhan karektor pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan, maka menjadi tanggungjawab jentera maya UMNO untuk memerangi segala fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap kepimpinan parti dan negara.
“Kita melihat banyak isu-isu yang dilemparkan oleh pihak pembangkang sama ada dalam soal dasar, pentadbiran dan sebagainya melalui media sosial. Namun yang paling terkesan dan hampir-hampir dipercayai oleh rakyat apabila pembangkang melakukan character assisanation terhadap pimpinan kerajaan dan parti.
“Dalam hal ini, persepsi yang wujud di kalangan rakyat ekoran fitnah dan tohamahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang itu harus kita uruskan dengan baik. Justeru, Biro IT UMNO inilah yang menjadi wira di barisan hadapan bagi menangani dan menjawab segala fitnah pembangkang, dalam usaha kita memperbetulkan persepsi rakyat yang terpengaruh dengan propagada pembangkang.
“Hari ini kita dapat lihat, pendapat umum dalam media sosial kini seolah-olah menjadi mahkamah pendapat umum yang lebih berkuasa berbanding mahkamah perundangan yang sebenar. Jika persepsi dan pandangan umum ini kita tidak dapat atasi, maka kita akan tenggelam oleh modus operandi pembangkang itu.
“Kita harus sedar, bahawa tenggelamnya beberapa tokoh antarabangsa, tenggelamnya beberapa parti politik ternama dunia, dan tenggelamnya beberapa buah kerajaan adalah berpunca daripada soal persepsi yang tidak dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di program Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Tun Razak 4 di PWTC hari ini.
Timbalan Perdana Menteri juga melontarkan keyakinan dengan gerak kerja jentera maya UMNO yang kini telah terlihat keberkesananya dalam menyampaikan mesej-mesej kepada rakyat melalui medium media sosial ini.
“Apa yang penting dalam soal peranan jentera maya di media sosial ini bukan sekadar jumlah jentera-jentera di kalangan kita, bukan hanya likes yang kita dapat melalui status kita, dan bukan sekadar viraliti sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah keberkesanan mesej-mesej atau risalah yang mahu kita sampaikan kepada rakyat.
“Maka kita juga perlu membuat kajian berhubung kualitinya dan bukan kuantitinya hendaklah dilakukan untuk melihat keberkesanan dalam usaha-usaha yang kita lakukan dalam menyampaikan mesej kepada rakyat melalui medium media sosial ini,” ujarnya.
Zahid juga mengingatkan pemain media sosial UMNO agar menjadikan PRU ke 12 dan PRU ke 13 sebagai contoh, di mana kekurangan jentera maya di medium media sosial sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada BN dalam keputusan pilihan raya yang lalu itu.
“Kita akui dari segi komunikasi tanpa lisan kita mempunyai banyak kelemahan ketika itu. Tetapi dengan wujudnya Biro IT ini yang diterajui oleh Datuk Ahmad Maslan, saya yakin jentera maya kita dapat menguruskan persepsi negatif yang berlegar di pemikiran rakyat selama ini dapat diuruskan dengan sebaik-baiknya.
“Maka dengan itu, jentera-jentera maya UMNO mesti terus secara proaktif memainkan peranan untuk menjawab sebarang isu yang ditimbulkan oleh pembangkang dengan segera supaya persepsi negatif yang cuba disemai dapat dipadamkan menjelang PRU ke 14 ini.
“Apa yang penting ialah segala komitmen dan iltizam yang kita lakukan untuk memperbetulkan segala persepsi negatif melalui media sosial itu, dapat diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya akan datang yang mampu memberikan kemenangan yang lebih besar buat UMNO dan juga BN,” tegasnya lagi.
Post a Comment