Header Ads

Mahathir Dan Mukhriz Patut Malu Berdepan Warga Felda Bukit Tangga


Tun Dr Mahathir Mohamad patut berasa malu untuk menjejak kaki ke Felda Bukit Tangga, kawasan Parlimen Kubang Pasu dalam siri ceramah Pakatan Pembangkang malam tadi. Ini kerana selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan berpuluh tahun jadi Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu beliau tidak pernah ambil peduli tentang peneroka felda di situ.

Sepanjang menjadi Perdana Menteri 22 tahun dan Ketua Bahagian, beliau tidak pernah memperjuangkan usaha bagi meningkatkan taraf hidup peneroka Felda Bukit Tangga mahupun peserta Felda di kawasan lain.

Malahan anaknya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir juga patut berasa malu yang sedang nazak untuk berpolitik kerana sepanjang menjadi Menteri Besar tidak pernah beliau menjejakkan kaki ke Felda berkenaan bertanya khabar tentang keadaan penduduk di situ.

Namun demi hipokrasi politik mereka, kedua beranak itu telah turun berkempen malam tadi memburukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang banyak melakukan penambahbaikan terhadap peserta Felda dengan memperkenalkan pelbagai insiatif.

Ceramah mereka tiada cerita lain, melainkan menjaja semua yang buruk dan pelbagai cerita seolah kerajaan “kejam” terhadap peneroka Felda seluruh negara.

Ketahuilah Mahathir dan Mukhriz bahawa peneroka Felda tidak akan termakan hasutan kamu, peneroka Felda lebih tahu pimpinan mana yang mengambil berat soal untung nasib mereka.

Yang mungkin terpengaruh adalah orang luar Felda, namun bilangan mereka tidak ramai.

Kedua beranak itu juga patut datang sebelah siang, bukannya datang sebelah malam, supaya beliau dapat melihat sendiri pembangunan dan perubahan yang dibawa YAB Perdana Menteri sekarang kepada Felda Bukit Tangga itu.

Tahap hidup mereka semakin baik, rumah semakin besar dan setiap rumah paling kurang ada sebiji kereta. Pembangkang boleh memberi pelbagai cerita atas nama menyelamatkan peneroka Felda tetapi hakikat sebenarnya pembangkang hanya mahu menyelamatkan kapal mereka yang tidak mampu berlayar.

Nak selamatlkan apa yer Mahathir!!!.. selamatkan misi merompak kau anak beranak yer!!!

No comments