Header Ads

TH Pindah Aset RM19.9 bilion Kepada Guan Eng DAP


Lembaga Tabung Haji (TH) akan memindahkan aset yang kononnya tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) menjelang 31 Disember ini, bermatlamat memantapkan kedudukan kewangannya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti, manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

*Di mana Kementerian Kewangan pula diketuai oleh Lim Guan Eng dan DAP. *

ARTIKEL BERKAITAN : Mujahid gadai Tabung Haji kepada DAP


Katanya, aset tidak menguntungkan akan dikenal pasti menerusi dua kriteria.

"Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, nilai rosot nilai melebihi 20 peratus.

"Sebagai pertukaran kepada aset, SPV akan terbitkan RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.90 bilion," katanya pada sidang media hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus TH, Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad.

Zukri berkata, TH menyasarkan pemindahan aset tidak menguntungkan itu akan selesai akhir tahun ini. Beliau berkata, sebaik saja pemindahan itu selesai, aset dan liabiliti TH akan seimbang.

FAKTA SPV:

* Syarikat tujuan khas (SPV) ditubuhkan untuk menjalankan projek tertentu, biasanya berkenaan dengan pelaburan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

* SPV biasanya dikawal dengan ketat dan hanya dibenarkan untuk membiayai, membeli dan menjual aset. Jika ia bankrap, ia tidak akan menjejaskan syarikat induk.

* Lesen yang dikeluarkan di Malaysia untuk SPV adalah sah untuk tempoh yang boleh berubah, di antara 12 tahun dan 99 tahun, bergantung pada keperluan projek yang dilakukan.

* SPV akan diserap kepada pemilikan Kerajaan Malaysia pada pengakhiran projek itu. - BH

No comments