Header Ads

Komen Peguam Negara KERAjaan PHancing Terhadap Bekas Anggota SPR Tidak Hormat Tribunal


Peguam Negara Lantikan KERAjaan Pakatan Hancing, Tommy Thomas ditempelak berhubung kenyataannya terhadap 6 bekas pesuruhjaya SPR yang disiasat kerana dakwaan salah laku.

Seorang peguam mempersoalkan peguam negara berhubung kenyataannya bahawa 6 bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disiasat oleh sebuah tribunal susulan dakwaan salah laku semasa pilihan raya umum 9 Mei tidak akan terlepas daripada hukuman walaupun meletakkan jawatan tahun lepas.

R Kengadharan yang mewakili seorang bekas pesuruhanjaya SPR itu berkata, kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas “tidak menghormati” dan menjatuhkan imej 6 individu terbabit.

“Kenyataan peguam negara, yang berlawanan sama sekali dengan pendirian pegawai pelaksana beliau semasa prosiding Isnin lepas, tidak menghormati tribunal,” kata Kengadharan.

Beliau berkata, kenyataan Tommy boleh dilihat sebagai langkah untuk menekan anggota tribunal yang akan membuat keputusan sama ada pendengaran patut diteruskan atau sebaliknya.

M Puravelan, peguam yang dilantik oleh Pejabat Peguam Negara bagi membantu tribunal sebelum ini berkata, dapatan siasatan akan menjadi akademik kerana pesuruhjaya SPR terbabit telah meletakkan jawatan.

Tommy bagaimanapun mendakwa mereka mencuba menggagalkan penyiasatan tribunal dengan berbuat demikian dan mengelak daripada “dimalukan kerana dipecat”.

Kesemua 6 pesuruhanjaya berkenaan meletak jawatan daripada SPR berikutan pengumuman kerajaan mahu menubuhkan tribunal itu.

Tribunal berkenaan yang dianggotai oleh Tan Sri Steve Shim, Datuk Zaleha Zahari, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Prasad Sandosham Abraham dijangka membuat keputusan sama ada perkara itu adalah akademik pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

13 pertuduhan dirangka terhadap 6 bekas pesuruhjaya SPR berkenaan berkait peranan mereka menyediakan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan cara bagaimana pilihan raya umum 9 Mei dikendalikan.

Mereka berenam ialah Tan Sri Othman Mahmood, Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk Leo Chong Cheong dan Datuk Bala Singam Karupiah.

Kengadharan, yang mewakili Cheong berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang tertentu terhadap peguam negara atau kerajaan dalam beberapa hari lagi.

“Bagi kami, tiada prosiding salah laku boleh diambil sebaik sahaja Agong memperkenankan peletakan jawatan anggota SPR,” katanya.

Dalam pada itu peguam Ragunath Kesavan menyoal kenapa bekas pengerusi SPR dikecualikan daripada tribunal sedangkan beliau sepatutnya dianggap individu paling bertanggungjawab bagi apa-apa salah laku.

“Hashim bertanggungjawab ke atas proses pengambilan keputusan harian (SPR), termasuk peranan beliau dalam eksesais persempadanan semula kawasan pilihan raya,” katanya.

Hashim, 64, meletakkan jawatan sebagai pengerusi SPR berkuat kuasa 1 Julai tahun lepas. Beliau digantikan dengan peguam, Azhar harun.

SPR dikritik hebat semasa pilihan raya umum lepas oleh Pakatan Harapan dan penyokongnya yang menuduh badan itu memihak kepada Barisan Nasional. - FMT

No comments