D4Pig Arah Menteri Melayu PH Sain STATUT ROM! Jahanam Malaysia.
Perjanjian Statut Rom bakal mengheret Malaysia ke Krisis Raja-Raja
Negara kita hari ini diuji lagi dalam keadaan kita sendiri tidak sedar. Sedang kita diasak dalam kes penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, penghinaan kepada agama kita, raja-raja kita sebenarnya sedang dihimpit ke satu sudut oleh Kerajaan pada hari ini.
Pernah Tuan-tuan dan puan-puan dengar Rome statute? Wisma Putra telah mengeluarkan satu kenyataan media semalam bahawa Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen penyertaan Malaysia sebagai ahli dalam Rome Statute.
Apa itu Rome Statute (Statut Rom)? Statut Rom ini merupakan satu perjanjian antarabangsa untuk penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terletak di Belanda. Diringkaskan, Perkara 27 dan 28 statut Rom memperuntukkan bahawa KETUA NEGARA & KOMANDER TENTERA adalah tertakluk kepada bidang kuasa ICC jika mana-mana jenayah (pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang & jenayah pencerobohan) dilakukan oleh mana-mana orang bawahan atau pihak berkuasa negara tersebut.
Ini bermakna, ICC berhak meminta Malaysia untuk menangkap dan menyerahkan Ketua Negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia sekiranya Mahkamah Khas dilihat tidak mampu atau tidak mahu untuk menyiasat atau mendengar kes-kes berkenaan jenayah tersebut. Ianya sudah berlaku kepada Presiden Sudan dan Libya.
Menariknya, kebanyakkan negara yang mempunyai sistem beraja atau raja berlembagaan seperti Brunei, Thailand, Oman, UAE, Watar dan sebagainya tidak menganggotai atau menjadi ahli Statut Rom.
Jelas, dengan memeterai perjanjian ini, kerajaan sekarang tidak berniat untuk memelihara kedudukan dan keistimewaan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain).
Gerakan Muafakat sebelum ini sudah berkali-kali mengingatkan netizen bahawa perkara ini sebenarnya sudah dirancang secara halus dan perlahan. Krisis Raja-raja akan berlaku sekali lagi di bawah pimpinan Perdana Menteri yang sama. Sudah terbukti satu persatu perbuatan khianat mereka kepada bangsa Melayu sendiri. Bahkan agama pun sudah berani mereka menginjak-injak dan diperlekehkan.
Adakah YDP Agong sudah dimaklumkan berkenaan implikasi kedudukan baginda sebagai Ketua Negara sekiranya Malaysia menandatangani perjanjian ini. Malaysia sudah diheret ke tepian gaung, kerana kerakusan kuasa. Kelak bukan sahaja kuasa ekonomi, malah kuasa politik juga akan hilang dari tangan Melayu di tanah Melayu.
Admin Gerakan Muafakat
Post a Comment