Benarkah Lim Guan Eng Menyalurkan Sumbangan Kepada Freemason? - Persidangan International Scotish Masonic yang dkaitkan dengan pertubuhan gelap berasaskan fahaman Yahudi, Freemason dijangka bakal diadakan bermula hari ini di Hotel Bayview Beach Resort. ?
Persidangan International Scotish Masonic yang dkaitkan dengan pertubuhan gelap berasaskan fahaman Yahudi, Freemason dijangka bakal diadakan bermula hari ini di Hotel Bayview Beach Resort. Persidangan yang mendapat tentangan keras dari kesemua NGO-NGO Islam ini jelas menampakkan wujud campur tangan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang sehingga persidangan ini boleh diadakan di Malaysia untuk pertama kali.
Bagi kerajaan DAP Pulau Pinang pula, mereka sehingga hari ini mengunci mulut terhadap beberapa spekulasi yang mengatakan mereka terlibat secara langsung dalam persidangan Yahudi ini. Mereka nampaknya seperti memekakkan telinga diatas bantahan yang disuarakan oleh kesemua NGO-NGO Islam di Pulau Pinang.
Namun, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila seorang penulis mendedahkan menerusi Karim’s Blog, bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mendermakan RM 40,000 terhadap kumpulan ini menerusi wang kerajaan negeri yang disalurkan melalu Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
Ini sekaligus menguatkan andaian yang mengatakan DAP sememangnya bersekongkol dengan Yahudi dalam agenda politik mereka di Malaysia. Sumbangan ini boleh juga diandaikan sebagai wang galakan untuk International Scotish Masonic bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai tapak untuk Freemason bertapak selain daripada Bali dan Bandung di Indonesia.
Jadi, tidak hairanlah jika DAP sendiri sehingga hari ini begitu pengecut untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul berikutan timbul dakwaan Israel telah menyumbang RM 1.2 Bilion terhadap DAP dalam menempuh Pilihan Raya Umum yang ke 13 lalu.
Malah melalui pendedahan dari Karim’s Blog ini menampakkan, DAP kini kian hampir untuk mengiktiraf negara Israel menerusi Freemason kerana antara lain, perjuangan Freemason adalah mendesak semua negara didunia ini mengiktiraf kewujudan negara Israel yang kini sedang giat menjarah tanah Palestin untuk mendirikan sebuah negara haram di dunia.
Post a Comment