Header Ads

DAP Dan Tony Pua Hina Rakyat Sarawak Melalui Kempen Mereka - Seperti yang diketahui umum, Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan pada sekirar bulan April, mengikut pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Satem bulan lalu.

images (14)

Seperti yang diketahui umum, Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan pada sekirar bulan April, mengikut pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Satem bulan lalu. Kebanyakan parti politik kini sedang giat mengadakan kempen mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri kali yang ke 11 ini.
Baik dari BN mahupun pembangkang, mereka giat mengadakan kempen samada menerusi gerak kerja jentera mereka ke kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Tidak ketinggalan juga, kebanyakan parti-parti yang sedang berkempen ini turut menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan juga Youtube bagi menyampaikan propaganda mereka.


Paling mencuri tumpuan adalah DAP yang kini dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jien. Apa sahaja medium mereka pasti akan gunakan termasuklah bahan kempen mereka turut disokong oleh Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.
Namun begitu, kempen terbaru Tony seolah-olah memperlekehkan rakyat Sarawak. Ini kerana, dia hanya menggunakan baju kotak sahaja seolah-olah menggambarkan rakyat Sarawak terlalu miskin hari ini sehingga mahu membeli baju sendiri pun tidak mampu. Adakah ini yang mahu dipersembahkan oleh DAP demi mahu memancing undi penduduk negeri Sarawak?
Yang pasti, tindakan Tony ini nyata menghina penduduk Sarawak dengan kempen bodohnya di laman sosial Youtube. Jika mereka boleh menghina penduduk Sarawak sedemikian, lain pula ceritanya sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Majoriti yang hadir mengenakan baju mahal yang sama sekali berlainan daripada imej marhain yang cuba mereka tonjolkan.


Jika DAP yang kini sudah terang-terangan bersekongkol dengan Yahudi Freemason di Pulau Pinang mahu dijadikan ikutan, kalian harus memikirkan semula perkara ini. Ini kerana, Barisan Nasional sama sekali tidak pernah melabelkan Sarawak mahupun rakyatnya sebagai orang miskin yang tidak mempunyai apa-apa.
Malah Kerajaan Negeri dan Pusat juga bersetuju bahawa Sarawak kini sedang giat membangun dan mampu mengejar semula kemajuan yang ada di kebanyakan negeri di Semenanjung. Nyata DAP hanya mahu mencipta propaganda kononnya kerajaan BN menindas penduduk Sarawak sehingga mereka dihimpit kemiskinan. Sungguh keji perbuatan Tony Pua melalui kempennya kali ini.

No comments