Timbalan Muhyiddin Samakan Nazri Dengan Babi
SINDROM menafikan fakta (Denial Syndrome) kita menyerang penyokong tegar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO. Mereka enggan menerima hakikat bahawa Muhyiddin telah bertindak di luar batasan sehingga “layak” untuk digantung dari jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Baru-baru ini Malaysiakini melaporkan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed telah menyelar kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ahli Majlis Tertinggi UMNO bahawa tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.
Berang dengan kenyataan Nazri, Ismail pula membalas, “kalau dah tabiat babi itu, menyodok membabi buta (jadi) tak perlulah kita cakap apa-apa,” katanya kepada Malaysiakini. Ismail mendakwa Nazri ”suka menyodok membabi buta” dan tidak perlu dilayan.“Sudah menjadi tabiat segelintir orang berjawatan dalam UMNO atau kerajaan, bila orang yang sudah tidak ada kuasa bila bersuara tentunya diperlekehkan walaupun bekas pemimpin UMNO ini berniat baik mengulas sesuatu isu,” kata Ismail lagi kepada portal berita itu.
Tidakkah Ismail sedar atau sengaja menafikan bahawa Muhyiddin berniat jahat apabila menyerang kepimpinan parti dengan dipengaruhi oleh agenda peribadi. Dengan itu, Muhyiddin telah mengabaikan tanggungjawab beliau untuk membantu presiden UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini Muhyiddin bertindak seperti pembangkang maka selayaknya beliau perlu mengundurkan diri.
Semalam viral video rakaman sidang media Nazri membelasah Muhiddin Yassin ke seluruh negara. Beliau meminta Muhyiddin segera meletakkan jawatan jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.
“Tanggungjawab dia untuk membantu presiden. Saya sokong dia. Saya pilih dia dulu kerana dia boleh bantu presiden.”, kata Nazri.“Kalau hari ini tak mahu sokong presiden jalan terbaik berhentilah. Sebab kalau dia tak berhenti, kalau saya hentam dia, saya akan perangai macam dia. Sebab kita marah pada dia, kerana dia hentam presiden. Kalau dia tak boleh jadi team player dan tak sokong, saya lawan dengan dia any time. Tak ada masalah. Kepentingan rakyat jauh lebih penting,.Kita perlu tumpu sebagai pasukan, bantu presiden,” katanya dalam nada yang serius.Muhyiddin juga tidak lagi menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan oleh perwakilan yang mengundi beliau untuk menyandang jawatan itu,” katanya.Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata: “Kalau bersikap macam anjing menggigit kaki kita, kita nak buat kerja pun sudah. Apa yang dia fikir dia betul sangat?Kalau dia beritahu dia kata dia buat atas kepentingan rakyat, apa, dia fikir Tuhan hantar dia turun ke bumi ini dia seorang saja yang dipilih rakyat. Saya pun dipilih rakyat. Datuk Najib pun rakyat pilih. Rakyat mana yang dia maksudkan? Takkan dia seorang saja wakili seluruh rakyat Malaysia. Datuk Seri Ahmad Zahid wakil rakyat juga. Kami pun wakil rakyat juga.“Kalau dia fikir dia buat ini takut Tuhan, apakah dia fikir kami tak takut Tuhan. Kepada saya dia jangan rasa sombong sangat. Waktu dia digugur tak ada pun yang memberontak, Kepada saya senang, satu kapal satu nahkoda. Kalau dia rasa tak boleh, dia keluarlah. Saya hendak cadang dia digantung jawatan dia, dia boleh jadi ahli biasa. Kalau dia hendak hentam, lantak dialah,” katanya.
Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu Presiden.
“Adalah menjadi satu kesalahan, jika Timbalan Presiden melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugasnya itu,” kata Mohamed Nazri.
Dengan itu jelas di sini, siapa sebenarnya anjing dan siapa babi. Bukan satu kesalahan untuk berkata benar maka Nazri tidak layak digelar babi apabila beliau memberi kenyataan yang benar melainkan benar semata-mata. Namun seorang yang mengabaikan tanggungjawab dan menyerang “bos” sememangnya amat layak digelar anjing apabila sanggup menjual agama, bangsa dan negara untuk pangkat dan kekayaan yang belum tentu miliknya.
Post a Comment