Ahmad Said Setuju Bebaskan Anwar Ibrahim
TAHUKAH anda bahawa “Deklarasi Mahathir” akan menjadi platform untuk membawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara kerana kesalahan meliwat. Walaupun agenda ini tidak terkandung dalam deklarasi asal yang ditandatangani dan diumumkan Jumaat lepas namun ianya akan menjadi agenda utama mereka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda itu akan menjadi agenda utama dalam perhimpunan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia pada 2 April ini.
Menurut sumber Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Kijal Dato’ Seri Ahmad Said merupakan orang yang ke 26 menandatangani “Deklarasi Mahathir”. Tindakan beliau ini seolah-olah memberi gambaran bahawa beliau menyokong penuh pembebasan Anwar dari jenayah liwat tersebut.
Kini rakyat Terengganu dapat melihat dengan jelas sifat munafik Ahmad Said dalam arena politik tanahair. Beliau dilihat menyertai kumpulan golongan kecewa yang mahu “membuat kacau” semata-mata di Terengganu dan seluruh negara.
Semalam, beliau telah mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Sidang DUN Terengganu. Tujuan beliau jelas iaitu mengganggu keharmonian secara berterusan. Walaubagaimanapun, Speaker Dewan Undangan Negeri Satuk Mohd Zubir Embong menolak usul itu, dengan alasan keperluan menghantar notis 14 hari tidak dipatuhi.
Sementara itu, MB Razif berikrar tidak akan tunduk kepada mereka yang ingin menjatuhkannya selepas Ahmad Said cuba membentangkan usul undi tidak percaya terhadapnya semalam.
“Kepada mereka yang ingin jatuhkan saya dengar baik-baik. Saya tak takut dan saya tak akan tunduk.“Biar berdepan cabaran menggunung, biar tiba tentangan hebat, saya tak akan menyerah kalah.“Biar mati berkalang tanah, biar ada yang berpaling tadah, saya tidak akan mengalah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
Ahmad Razif berkata antara perancangan lawan dengan perancangan Allah, perancangan Allah adalah yang terbaik dan kepada Allah beliau berserah. Allahuakbar.
Post a Comment